MASA
Allah berfirman dengan maksud; "Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran."(Al-'AShr:1-3)
Dalam surah ini Allah memberi peringatan dan petunjuk yang amat berguna kepada manusia. Orang yang tidak memanfaat masa dengan baik adalah benar-benar rugi. Yang beruntung pastinya orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan manusia kerana mereka memanfaatkan masa dengan berfaedah untuk melakukan pelbagai kerja mentaati Allah. Mereka memberi dan menerima nasihat atau nasihat-mensihari supaya mentaati kebenaran dan tetap bersabar (menetapi kesabaran).
Perkara ini sepatutnya menjadi renungan kita secara serius dan mendalam seandainya kita ingin menjadi antara manusia beriman dan beramal soleh. Persoalan pokok ialah apakah dalam hidup ini kita telah, sentiasa dan akan terus dapat menggunakan masa dengan bijak, berkualiti dan berfaedah untuk pelbagai kerja buat menyelesaikan urusan-irusan dunia dan lebih-lebih lagi untuk persediaan hari akhirat.
Kita selalu merungut mengenai masa dan kita menyebut tiada masa, tak cukup masa, kesuntukan masa, habis masa, diburu masa, buang masa dan sebagainya. Baik sekali kalau sekiranya pada setiap hari itu kita bermuhasabah diri dengan memperhitungkan apakah pada hari ini kita telah mengisi dan menggunakan masa dengan sebaik-baiknya atau sebaliknya. Apakah pada esok hari kita masih boleh, perlu dan ingin memperbaikinya.
Kita juga banyak mendengar kata azimat seperti masa itu emas, masa itu peluang, masa itu sumber, masa pergi tak akan kembali dan sebadainya. Setiap diri dianugerahkan masa sendiri-sendiri Jadi kita awasilah MASA yang masih kita miliki ini. SUATU HARI KITA PASTI MENINGGALKAN MASA atau MASA TETAP MENINGGALKAN KITA.
Kita juga banyak mendengar kata azimat seperti masa itu emas, masa itu peluang, masa itu sumber, masa pergi tak akan kembali dan sebadainya. Setiap diri dianugerahkan masa sendiri-sendiri Jadi kita awasilah MASA yang masih kita miliki ini. SUATU HARI KITA PASTI MENINGGALKAN MASA atau MASA TETAP MENINGGALKAN KITA.
No comments:
Post a Comment