BERLINDUNG KEPADA ALLAH DARI KEJAHATAN MAKHLUKNYA
Firman Allah bermaksud: "Katakanlah: Aku berlindung kepada Tuhan yang menguasai subuh, dari kejahatan makhlukNya dan dari kejahatan malam apabila ia telah gelap gulita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada bahul-bahul dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki" (Surah Al-Falaq; 1- 5)
Surah Al-Falaq (Waktu Subuh) mengandungi 5 ayat. Surah ini memerintahkan kita berlindung kepada Allah dari segala macam kejahatan yang dilakukan oleh makhlukNya. Termasuklah dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita. Ini adalah kerana kebanyakan kerja-kerja kejahatan itu dilakukan pada waktu malam berbading dengan waktu siang. Kejahatan dilakukan oleh wanita-wanita tukang sihir yang meghembus ( beserta dengan jampi-jampi) pada bahul iaitu tali-tali yang digunakannya. Kejahatan juga dilakukan oleh orang-orang yang memiliki perasaan hasad dengki dalam hatinya.
Diriwayatkan oleh Abu Daud, At Tarmizi dan An-Nasa-i dari 'Uqbah bin 'Aamir bahawa Rasulullah saw. bersembahayang dengan membaca surah Al-Falaq dan surah An-Naas dalam perjalanan Baginda.
No comments:
Post a Comment