Wednesday, November 16, 2011

RENUNGAN AL-QURAN 5

ORANG-ORANG BERIMAN DILARANG MRNGIKUTI SYAITAN

Allah berfirman dengan maksud: "Hai orang-orang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekelian, nescaya tidak seseorangpun diantara kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya, tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui". (An-Nur: 21)

Firman Allah dalam ayat di atas memberi perintah dan petunjuk yang amat jelas bagi setip orang yang beriman. Amat baik jika kita dapat memahami dan menghayti apa yang tersirat di sebalik ayat ini. Antara perkara penting ialah:

1. Allah melarang orang-orang beriman daripada mengikuti langkah-langkah syaitan.

2.Syaitan menyuruh manusia mengerjakan perbuatan keji dan mungkar.

3.Tanpa kurnia dan rahmat Allah, tidak ada seorangpun diantara manusia ini akan dibersihkan selama-lamanya daripada segala  perbuatan keji dan mungkar.

4.Allah membersihkan sesiapa yang dikehendaki-Nya.

No comments:

Post a Comment