"Sesungguhnya kami telah mengutuskanmu (wahai Muhammad) sebagai Rasul yang menjadi saksi (yang diterima keterangannya) dan sebagai pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar). Kami mengutuskanmu wahai Muhammad) supaya engkau dan umatmu beriman kepada Allah dan rasulNya, dan supaya kamu kuatkan agamaNya seta memuliakanNya dan supaya kamu beribadat kepadaNya pada waktu pagi dan petang." (Al-Fat-h: 8 dan 9)
1. Allah telah menyatakan dengan jelas bahawa Nabi Muhammad diutuskan sebagai seorang rasul-Nya.
2. Baginda Rasulullah saw. menjadi saksi kepada umatnya dihadapan Allah dan keterangan Baginda adalah diterima dan urusan ini akan berlaku pada hari pembalasan (Hari Kiamat) kelak. Para malaikat juga akan menjadi saksi kepada manusia serta manusia itu sendiri juga akan menjadi saksi kepada dirinya sendiri.
3. Baginda Rasulullah saw. adalah menjadi pembawa berita gembira kepada orang-orang yang beriman. Berita gembira itu ialah janji Allah untuk memberi balasan yang baik (syurga) dan kemenangan kepada orang-orang yang beriman dan bertaqwa samaada di dunia mahupun di akhirat.
4. Baginda Rasulullah saw. juga menjadi pemberi amaran kepada orang-orang yang ingkar. Amaran itu adalah janji Allah untuk memberi balasan buruk iaiti azab siksa ( neraka ) dan kerugian kepada orang-orang yang ingkar. Orang-orang yang ingkar kepada perintah dan larangan Allah ialah orang-orang kafir, musyrik dan fasik.
5. Allah mengutuskan Muhammad supaya Baginda sendiri dan umatnya beriman dan menguatkan agamaNya ( Islam ), memuliakanNya dan beribadat kepadaNya. Perkara inilah yang menjadi antara kewajipan kita sebagai orang-orang Islam dan mukmin.
3.
No comments:
Post a Comment