Tuesday, January 17, 2012

Mutiara Hadis - 1


ISLAM DIBANGUNKAN DI ATAS  LIMA  PERKARA

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Umar, ia berkata “Rasulullah bersabda: Sabda “Islam itu dibangunkan atas lima hal: persaksian (syahadat) bahawa tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muammad adalah utusanNya, mendirikan solat, memberikan zakat,  haji di Baitullah dan puasa Ramadan” 

Hadis di atas menjelaskan lima perkara yang menjadi asas Islam dan sejak kecil lagi  kita biasa diajar dan mempelajarinya sebagai Rukun Islam.  Di dalam hadis ini haji didahulukan dan puasa di kemudiannya. Namun begitu hadis serupa yang diriwayatkan oleh periwayat yang lain seperti Ibu Umar meletakkan puasa dihadapan haji. Pertertiban itu dikatakan sesuai dengan pentertiban masa mensyariatkannya kerana puasa telah diwajibkan lebih awal iaitu pada tahun kedua hijrah, manakala haji pula diwajibkan pada tahun keenam atau ketujuh hijrah. Selain itu timbul perbezaan di sebabkan oleh adanya periwayat yang mengambil dari lafaz yang didengar dan ada juga periwayat yang mengambil dari  pengertian makna yang terkandung di dalamnya. Namun demikian hal ini dikatakan tidak tercela.

Saudara saudari rakan pembaca bolehlah mempelajari hal ini selanjutnya daripada Al-Tahwir: Syarah Sahih Muslim Jilid I atau kitab-kitab lain yang seumpamanya bagi lebih memahami dan meneliti perkara ini. Was’salam.

No comments:

Post a Comment