HUKUMAN KEATAS ORANG-ORANG YANG BERZINA
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat, dan janganlah kamu dipengaruhi oleh persaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman”. (An-Nuur: 2)
“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan yang musyrik dan perempuan yang berzina itu pulan lazimnya tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman” (An-Nuur: 3)
Kedua-dua ayat di atas merupakan firman Allah yang memerintahkan supaya orang-oang perempuan dan lelaki yang melakukan zina dihukum sebat dan perihal perkahwinan orang-orang lelaki dan perempuan yang berzina. Ada beberapa perkara pokok yang perlu di beri perhatian sebagaimana berikut:
Pertama, Allah swt. memerintahkan supaya orang-orang perempuan dan lelaki yang melakukan zina dihukum dengan seratus kali sebatan.
Kedua, Allah mengingatkan supaya tidak ada belas kasihan terhadap kedua-dua orang yang melakukan zina itu dalam menjalankan hukuman agamaNya, jika manusia benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Ketiga, pelaksanaan hukuman sebat ke atas perempuan dan lelaki yang bezina itu hendaklah disaksikan oleh sekumpulan orang-orang yang beriman.
Keempat, dalam ayat yang berikutnya Allah menyatakan bahawa adalah menjadi kelaziman bagi orang lelaki atau orang perempuan yang berzina itu berkahwin dengan orang perempuan atau orang lelaki yang berzina atau dengan perempuan atau lelaki yang musyrik.
Kelima, orang-orang yang beriman adalah dilarang daripada perkahwinan sedemikian. Maksudnya ialah tidak wajar bagi orang-orang beriman berkahwin dengan orang-orang yang berzina dan begitulah juga sebaliknya.
Kesimpulannya, hukum sebat ke atas orang-orang lelaki dan perempuan yang melakukan zina ialah suatu perintah Allah swt. Sama-samalah kita merenungi perkara ini. Siapakah yang sebenar-benarnya yang bertanggungjawab memikul amanah dan menjalankan perintah ini mengikut hukum yang sepatutnya? Terpulang kepada para ulamak dan umarak dan pihak-pihak berwajib menentukannya.
Sekian, was’salam.
No comments:
Post a Comment