LAKNAT ALLAH KEPADA ORANG-0RANG YANG MENUDUH PERMPUAN YANG TERPELIHARA KEHORMATANNYA LAGI BERIMAN
Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
“Sesungguhnya orang-orang yang menuduh perempuan yang terpelihara kehormatannya, yang tidak terlintas memikirkan sebarang kejahatan, lagi beriman, akan dilaknat (oleh Allah) di dunia dan di akhirat, dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang besar; Pada hari lidah mereka dan tangan mereka dan kaki mereka menjadi saksi terhadap diri mereka sendiri, tentang segala yang mereka lakukan. Pada hari itu Allah akan menyempurnakan untuk mereka balasan azab seksa yang berhak mereka mendapatkanya, dan mereka pula akan mengetahui bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil, lagi nyata keadilanNya. (An-Nuur: 23-25)
Dalam ayat-ayat di atas Allah swt. memberi peringatan dan amaranNya bahawa orang-orang yang membuat tuduhan (zina) kepada orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya lagi beriman akan mendapat laknat Allah di dunia dan di akhirat.
Pada hari kiamat kelak anggota tubuh mereka seperti lidah, tangan dan kaki mereka akan menjad saksi ke atas diri mereka sendiri dan menyatakan segala apa ayang telah mereka lakukan semasa hidup di dunia. Ini termasuklah tuduhan yang telah mereka lemparkan kepada orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, tidak terlintas memikirkan untuk berbuat kejahatan lagi beriman kepada Allah.
Orang-orang yang membuat tuduhan atau fitnah itu akan mendapat pengadilan dan balasan azab seksa pada hari akhirat kelak kerana Allah ialah Tuhan Yang Maha Adil lagi nyata keadilanNya.
Kesimpulannya adalah lebih baik dan selamat bagi kita atau sesiapa sahaja mengelakkan diri daripada membuat sebarang tuduhan terhadap orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya lagi beriman kepada Allah swt. Tuduhan seumpama itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah kerana Allah melaknatinya dan membalasnya dengan azab seksa di akhrat kelak.
Sekian, was'salam
No comments:
Post a Comment