Sekuntum mawar merah
laksana cinta indah
berputik di alam syurga
cinta pertama Adam dan Hawa
Kembara bersama ke alam dunia
kembang mekar mewangi
rindu asmara kasih mesra
diragut durinya meskipun berbisa
Piagam cinta mawar merah
idaman raja mahupun hamba
berseri di pondok usang
semerbak di mahligai kayangan
Berbahagialah berjuta insan
Ibrahim-Hajar di gurun cinta
Yusof-Zulaikha di istana cinta
Muhammad-Khadijah di wadi cinta
Juga aku bersama dia
mendaki gunung menuruni lembah
memetik mawar merah
damailah dunia akhir sudahnya.
Kelana Putra
Pulau Redang
Kuala Terengganu
11 Julai 2010.
No comments:
Post a Comment