Saturday, April 6, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 265

SIAPAKAH  ORANG YANG  SEUMPAMA ANJING YANG SENTIASA TERJELIR?

175. Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami. Kemudian da menjadikan dirinya terkeluar dari  mematuhinya, lalu ia diikuti oleh Syaitan (dengan godaanya), maka menjadilah ia dari orang-orang yang sesat. 176. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan (sebab mengamalkan) ayat-ayat itu. Tetapi ia bermati-mati cenderung kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya adalah seperti anjing, jika engkau menghalaunya; ia menghulurkan lidahnya termengah-mengah, dan jika engkau membiarkannya; ia juga menghulurkan lidahnya termengah-mengah. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami. Maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir. (AL-A’RAAF: 175-176)

1 comment:

  1. Orang yang amat cenderung kepada dunia dan hawa nafsunya Allah umpamakan seperti anjing yang sentiada menjelirkan dan menghulurkan lidahnya dengan termengah-mengah ketika ia diusir mahupunn dibiarkan. Menggambarkan betapa hawa manusia itu sentiasa berkeinginan dan mahu dipenuhinya bila-bila masa sekalipun dan tidak pernah kenyang. Apakah kita manusia pernah merasa puas dan mencukupi dalam runtunan keinginan dan kehendak hawa nafsu yang melihat dunia dengan lahapnya.

    ReplyDelete