Tuesday, April 23, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 277

SIAPAKAH ORANG-ORANG YANG DILUPAKAN DAN DITINGGALKAN PADA HARI KIAMAT?
 
124."Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta". 125. Ia berkata: "Wahai Tuhanku, mengapa Engkau himpunkan daku dalam keadaan buta, padahal aku dahulu celik? 126. Allah berfirman: "Demikianlah keadaannya! telah datang ayat-ayat keterangan Kami kepadamu, lalu engkau melupakan dan meninggalkannya, dan demikianlah engkau pada hari ini dilupakan serta ditinggalkan".127.Dan demikianlah Kami membalas orang yang melampaui batas dan tidak beriman kepada ayat-ayat keterangan Tuhannya; dan demi sesungguhnya azab akhirat itu lebih berat dan lebih kekal.  (TAHA: 124-126)

1 comment:

  1. Allah SWT telah meningatkan dan memberi amaran bahawa sesungguhnya orang-orang yang melupakan dan meninggalkan ayat-ayat keterangan (Kitab-kitab-Nya) akan dibangikitkan pada hari kiamat dalam keadaan buta, di lupakan dan ditinggal dan akan dibalas dengan azab seksa yang lebih berat dan lebih kekal...iaitu dalam neraka jahanam.

    ReplyDelete