Sunday, April 7, 2013

WAHAI SEKELIAN MANUSIA - 1

SERUAN BERTAQWA KEPADA ALLAH DAN MEMELIHARA SILATURRAHIM

Wahai sekelian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya-zuriat keturunan-lelaki dan perempuan yang ramai, Dan bertaqwalah kepada Allah yang selalu kamu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawasi) kamu. (AN-NISSA’; 1)

1 comment:

  1. Atas sifat-Nya Yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani lagi Maha Adil..Allah swt. menyeru seluruh umat manusia supaya bertaqwa kepada-Nya, sedangkan Allah Maha Mengetahui bahawa kebanyakan manusia itu lebih suka berbuat maksiat, berdusta dan ingkar durhaka. Oleh itu sesiapa yang bermohon kepada-Nya..insyaalah akan di beri petunjuk dan hidayah-Nya...mengikuti jalan agama (Islam) yang lurus dan beroleh rahmat-Nya di dunia dan akhirat. Manusia dikurniakan akal fikiran dan hati untuk memikir dan memilih antara dua jalan...jalan kebaikan ataukah jalan keburukan?

    ReplyDelete