Friday, April 12, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 272 - ERTI KEHIDUPAN DUNIA


APAKAH ERTI SEBENAR KEHIDUPAN DUNIA?
 
20. Ketahuilah bahawa (yang dikatakan) kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah (bawaan hidup yang berupa semata-mata permainan dan hiburan (yang melalaikan) serta perhiasan (yang mengurang), juga (bawaan hidup yang bertujuan) bermegah-megah di antara kamu (dengan kelebihan, kekuatan dan bangsa keturunan) serta berlumba-lumba memperbanyakkan harta benda dan anak pinak; (semua itu terhad waktunya) samalah seperti hujan yang (menumbuhkan tanaman yang menghijau subur) menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar (ke suatu masa tertentu), selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan (hendaklah diketahui lagi, bahawa) di akhirat ada azab yang berat (disediakan bagi golongan yang hanya mengutamakan kehidupan dunia itu), dan (ada pula) keampunan besar serta keredhaan dari Allah (disediakan bagi orang-orang yang mengutamakan akhirat). Dan (ingatlah, bahawa) kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya. (AL-HADID:20)

1 comment:

  1. Kehidupan dunia memberi pelbagai erti dan makna yang berbeza kepada setiap manusia bergantung kepada apa yang mereka tahu, faham dan mahu dari kehidupan sementara ini. Namun hakikat kehidupan dunia telah Allah simpulkan dan tunjukkan dalam Al-Quran agar manusia dapat membezakan antara kehidupan dunia dengan kehudupan akhirat dan apakah akhir kesudahan (destinasi) bagi seseorang itu...bukankah ia suatu perjalanan yang panjang dan kehidupan dunia ini hanyalah suatu persinggahan dalam pejalanan itu? Sama-samalah kita merenung fikir dan belajar darinya.

    ReplyDelete