Monday, April 8, 2013

ADAM DAN HAWA DIPERDAYAKAN OLEH IBLIS-SYAITAN


ADAM DIPERDAYA OLEH IBLIS DI DALAM SYURGA

115. Dan demi sesungguhnya,  Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi dia lupa dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh. 116. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud, melainkan Iblis, dia enggan sujud.117.Maka, Kami berfirman: Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu: oleh itu, janganlah dia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita.118. Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan juga tidak akan bertelanjang. 119. Dan sesungguhnya engkau juga tidak akan dahaga dalam Syurga itu dan juga tidak akan merasa panas matahari.120. Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap? 121. Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aruat masing-masing dan mereka mulailah menutupnya den gan daun-daun dari Syurga dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya).(THAHA: 115-121)

1 comment:

  1. Atas sumpahnya Iblis telah Berjaya memperdaya dan menghasut Adam dan Hawa sehingga melanggar perintah Allah swt. di dalam Syurga, sehingga kedua-duanya diperintahkan turun untuk meneruskan kehdupan di dunia dan Iblis pula telah mendapat izin Allah untuk menyesatkan manusia sehingga hari kiamat. Itulah kebencian dan permusuhan Iblis Syaitan terhadap Bani Adam.

    ReplyDelete