Wednesday, April 3, 2013

Getaran Jiwa - Buta

Buta

Mata boleh buta
satu atau dua-dua
tiada melihat suatu apa
gelita tiap ketika
tiada yang ingin jadi buta
hidupnya meraba-raba
raba itu raba ini
raba di sana sini
salah raba boleh kena
salah raba tak kena-kena
silap raba tak jumpa-jumpa
kalaulah hati jadi buta
hidup pasti azab seksa
tidak mengerti tanpa makna
sesat terus selamanya
buta di sana tinggallah sendiri
tiada bantuan tiada pertolongan
gelita pekat likat
tidak mungkin sama sekali
mencari-cari jalan pulang
menuju-Mu Ya Ilahi.

 
Kelana Putra
Mahligai-Cinta,
Pantai Sura, Dungun.
Khamis 28 Mac 2013.

No comments:

Post a Comment