Sunday, April 14, 2013

Getaran Jiwa - Bila biduk berlalu

Bila biduk berlalu
Apakah bangsaku ini
akan terus begini
akan pecah belah
akan cerai berai
sejak beribu tahun dahulu
Melayu tersohor terbilang
gemilang di persada dunia
kerana kayanya gahnya
bukan sekadar emas permata
miliki bahasa budaya
tata santun susila
apakah semua ini
akan terus pudar
kelam layu lesu
kerana sengketa
dendam haloba
sesama puak dan suku
politik rebut kuasa
rebut harta untuk kaya
apakah biduk bangsaku ini
tak mampu lagi
bertaut peluk kembali
kerana teguhnya nafsu nafsi
kau-kau dan aku-aku?

Kelana Putra,
Damai Cinta Abadi,
Dungun, Terengganu.
Ahad 14 April 2013.

1 comment:

  1. Pepatah Melayu menyebutkan "Biduk lalu kiambang bertaut" Atas apa perselisihan sengketa sekalipun bangsa Melayu tetap akaj dapat bersatu padu kembali kerana akar umbinya adalah satu. Namun perbezaan pendapat, pandangan hidup dan ideologi politik orang-orang Melayu kini berpecah belah dan bercerai berai..berpuak-puak kepada UMNO,PAS dan PKR...kerana merebut kuasa...merebut harta. Apakah semua ini akan terus tegar dan mereka tidak mungkin berpadu satu dalam damai mesra?

    ReplyDelete