Wednesday, October 9, 2013

HARI KIAMAT

GEMPA HARI KIAMAT DAN SYAITAN YANG MEMIMPIN MANUSIA KEPADA AZAB NERAKA
Wahai umat manusia, bertakwalah kepada Tuhan kamu! Sesungguhnya gempa hari kiamat itu suatu perkara yang amat besar. Pada hari kamu melihat (peristiwa-peristiwa yang mengerikan) itu, tiap-tiap ibu penyusu akan melupakan anak yang disusukannya, dan tiap-tiap perempuan yang mengandung akan gugurkan anak yang dikandungnya; dan engkau akan melihat manusia mabuk, padahal mereka sebenarnya tidak mabuk, tetapi azab Allah amatlah keras, mengerikan. Dan ada di antara manusia yang membantah perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berasarkan sebarang pengetahuan, dan ia menurut tiap-tiap syaitan yang telah sebati dengan kejahatan. Yang telah ditetapkan kepada (tiap-tiap) syaitan itu, bahawa sesiapa yang berketuakan dia, maka sesungguhnya ia akan menyesatkannya dan memimpinya kepada azab neraka. (AL-HAJJ: 1-4)

No comments:

Post a Comment