Monday, October 21, 2013

MENGHITUNG DIRI

10 SIFAT TERCELA/KEJI (Mazmumah)
 
Dan ketahuilah olehmu bahawasanya segala kelakuan yang DICELA itu banyak, tetapi hamba sebutkan di sini sepuluh perkara, kerana yang sepuluh ini asal bagi semuanya dan yang lain daripadanya terjadi ia daripada yang sepuluh ini.
1. Sangat loba atas makanan
2. Sangat loba atas berkata-kata
3. Marah
4. Dengki
5. Kikir dan kasih akan harta
6. Kasih akan kemegahan
7. Kasih akan dunia
8. Membesarkan diri
9. Ujub
10. Riya'
(Penawar Bagi Hati (terj) oleh Abdul Qadir bin Abdul Mutalib Al-Indunesia Al-Mandili)

1 comment:

  1. Setiap manusia mempunyai segumpal jantung hati yang menjadi raja pada dirinya. Apa sahaja kelakuan dan perbauatan baik dan buruk adalah terbit dari hatinya. Hati adalah cermin diri-cermin peribadi. Secara fitrahnya hati setiap manusia adalah bersih suci murni. Namun hati manusia yang putih bersih itu boleh dikotori oleh sifat-sifat yang keji dan tercela (mazmumah) yang menjadikanya tompok-tompok hitam (kejahatan dan dosa) berlawanan dengan sifat-sifat yang terpuji (mahmudah). Dalam keadaan yang lebih parah hati yang kelabu boleh bertukar menjadi gelap gelita..hitam pekat...hati yang keras beku...hati yang mati.

    ReplyDelete