Thursday, March 27, 2014

SELAWAT DAN SALAM KE ATAS NABI saw.

ORANG-ORANG BERIMAN DISERU BERELAWAT DAN SALAM KE ATAS NABI SAW.
Allah Taala berfirman dengan maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan MalaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepad, Nabi (Muhammad saw.): wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya” (Al-Ahzaab: 56)
Abu Hurairah r.a. berkata: Nabi saw. bersabda dengan ertinya:
“Bacalah selawat untukku, sebab bacaan selawat itu membersihkan kekotoranmu (dosa-dosamu) dan mintalah kepada Allah untukku wasilah”.  “Apakah wasilah itu ya Rasulullah?” Jawabnya: “Satu darjat yang tertinggi dalam syurga yang tidak akan dicapai kecuali oleh seseorang, dan saya berharap sayalah orangnya”.
Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi saw. bersabda dengan ertinya:
“Sesiapa yang membaca selawat untukku satu kali, maka Allah memberi selawat untuknya sepuluh kali dan dihapuskan sepuluh dosa-dosa”.
Kesimpulannya, selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah saw. adalah suatu ibadat dan kewajipan ke atas setiap orang Islam. Ini amat jelas kerana Allah sendiri menetapkannya seperti dalam ayat 56 surah Al-Ahzaab di atas. Bahkan di dalam solat itu sendiri kita membaca selawat di penghujung rakaat terakhir sebelum member salam. Selain itu kita amat beruntung jika dapat menjadikan selawat dan salam ke atas Baginda saw. ini dalam setiap masa yang terluang.
Sekian was’salam.
 

1 comment:

  1. Orang-orang yg beriman diperintahkan berselawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw.

    ReplyDelete