Thursday, July 4, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 323

BERTAQWA DAN JANGANLAH DIPERDAYAKAN
Wahai sekelian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu,dan takutilah akan hari (akhirat) yang padanya seseorang ibu atau bapa tidak dapat melepaskan anaknya dari azab dosanya, dan seorang anak pula tidak dapat melepaskan ibu atau bapanya dari azab dosa masing-masing sedikitpun. Sesungguhnya, janji Allah itu adalah benar, maka janganlah kamu diperdayakan oleh kehidupan dunia, dan jangan pula kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan syaitan yang menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah. (LUQMAN: 33)

HIDUP DAN MATI SETIAP MANUSIA


KESUDAHAN DIRI SETIAP MANUSIA: MUKMIN @ KAFIR?
Setiap diri anak Adam, dengan kehendak dan izin Allah swt. akan masuk di bawah salah satu golongan  berikut:

1.Lahir mukmin, hidup mukmin dan mati mukmin
2.Lahir mukmin, hidup mukmin dan mati kafir
3. Lahir kafir, hidup kafir dan mati mukmin
4. Lahir kafir, hidup kafir dan mati kafir

 

APA KATA SYAITAN?

SYAITAN MENYALAHKAN MANUSIA
“Dan berkatalah pula Syaitan setelah hukum diputuskan . “Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kamu dengan janji yang benar dan aku telah menjanjikan kamu lalu aku mungkiri janjiku itu kepada kamu; dan tiadalah bagiku sebarang alasan dan kuasa mempengaruhi kamu selain daripada aku telah mengajak kamu lalu kamu terburu-buru menurut ajakanku itu; maka janganlah kamu salahkan daku tapi salahkanlah dirimu sendiri. Aku tidak dapat menyelamatkan kamu dan kamu juga tidak dapat menyelamatkan daku. Sesungguhnya sejak dari dahulu lagi aku telah kufur ingkarkan (perintah Tuhan) yang kamu sekutukan daku denganNya”. Sesungguhnya orang-orang yang zalim beroleh azab yang tidak terperi sakitnya”.(IBRAHIM: 22)
 

Wednesday, July 3, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 322

ALLAH YANG MEMUTUSKAN HUKUM-NYA
 
17. Bahawasanya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Sobi'in, dan orang-orang Nasrani, dan orang-orang Majusi, serta orang-orang Musyrik, sesungguhnya Allah akan memutuskan hukum-Nya di antara mereka pada hari kiamat, kerana sesungguhnya Allah sentiasa Memerhati dan Menyaksikan tiap-tiap sesuatu. (AL-HAJJ: 17)

TAUBAT


10 Peraturan Taubat

1.Memohon keampunan dengan lidahnya.
2.Menyesali perbuatan dengan hatinya.
3.Melepaskan perbuatan dari badannya (berhenti dari melakukannya).
4. Berazam untuk tidak kembali melakukan perbuatan itu selama-lamanya.
5. Mencintai negeri akhirat.
6. Benci kepada keseronkan dan kemewahan dunia.
7. Sedikit bercakap.
8. Sedikit makan dan minum supaya berlapang dada untuk menambah ilmu dan beribadah.
9. Sedikit tidur dan memperbanyakkan ibadah pada malam hari.
10. Memohon seikhlas hati.

MAIN


Main apa kita?
Main itu main ini
Main sana main sini
Main gitu main gini
Main golf masuk lubang
Main kuda masuk nombor
Main poker tipu member
Main saham muka masam
Main dam haji malboro
Main burung kelek sangkar
Main ikan tak kira umpan
Main betina poket kering
Main jantan makeup memanjang
Main biang 69
Main gila suka-suka
Main-main siang malam
Main sendiri main pasangan
Kalau tak main kepala biul
Dapat main bersiul-siul
Apakah kita lupa
Mati itu bukan main-main!
 
Kelana Putra
Bukit Besi, Dungun
21 Oktober 2012.

RENUNGAN AL-QURAN 321

ORANG-ORANG YANG DIREDHAI ALLAH

71.“Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar taubat; 72. Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya. 73. Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta. 74. Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan Kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami; perkara-perkara yang menyukakan hati kami melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.75. Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucap selamat di dalamnya. 76. Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal”. (Al-Furqan: 71-76)

Tuesday, July 2, 2013

HARI DEMI HARI

SEORANG HAMBA SETIAP HARI

Tidak tiba suatu hari pada anak Adam, melainkan Allah mewajibkan padanya sepuluh macam:
1. Berzikir kepada Allah ketika bangun tidur.
2. Menutup aurat.
3. Menyempurnakan wuduk.
4. Menyelesaikan solat tepat pada waktunya.
5. Berasa tenang terhadap Allah dalam urusan rezeki.
6. Qanaah (Menerima apa yang ada) dengan rezeki pebahagian Allah.
7. Tawakkal berserah kepada Allah.
8. Sabar menerima takdir dan hukum Allah.
9. Syukur terhadap nikmat Allah.
10. Makan minum yang halal.