Sunday, June 16, 2013

Kembali untuk menerima balasan

KITA KEMBALI KEPADA ALLAH UNTUK MENERIMA PENGADILANNYA
Allah Taala berfirman dengan maksudnya:
"Dan Dialah yang menidurkan kamu pada waktu malam, dan mengetahui apa yang kamu kerjakan pada pada siang hari: kemudian Dia bangunkan kamu (dari tidur) padanya, untuk disempurnakan ajal (masa umur kamu) yang telah ditetapkan. Kemudian kepadanyalah tempat kamu kembali, kemudian Dia menyatakan kepada kamu apa yang kamu lakukan" (Al-An'aam: 60)
"Dan Dialah yang berkuasa atas sekelian hambaNya: dan Dia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat-malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat-malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya)" (Al-An'aam: 61)
"Kemudian mereka (yang diambil nyawanya itu) dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka yang sebenar (yang akan membalas dengan adil). Ketahuilah, bagi Allah jualah kuasa menetapkan hukum (pada hari kiamat itu), dan Dialah secepat-cepat Pengira-Penghitung" (Al-An'aam: 62)
Firman Allah swt. dalam ketiga-tiga ayat di atas menceritakan secara ringkas akan apa yang akan kita semua hambanya akan lalui hinggalah mendapat pengadilan dan hukuman atau balasanNya.  Kita diberi kehidupan siang malam, hari demi hari sehinggalah sampai ketika habis ajal atau tempoh usia yang ditetapkan. Semasa hidup di dunia ini malaikat-malaikat diutuskan sebagai pengawal-pengawal untuk menjaga menjaga dan menulis semua perbuatan baik dan buruk yang kita lakukan. Dan malaikat-malaikat ini tidak cuai menjalankan tugas-tugas tersebut, bahkan menurut semua perintah Allah kepada mereka.
Semua orang yang telah mati (di ambil nyawanya) itu dikembalikan kepada Allah. Pada hari kiamat kelak semua orang  pasti menerima hukuman dan balasan  Allah Yang Maha Adil dan setiap orang tidak akan terlepas daripada hukuman dan balasan ini.
Semua perisiwa yang mesti dilalui  disepanjang perjalanan diri manusia, bermula dengan alam arwah (alam roh), alam rahim (ibu), alam kehidupan (alam dunia), alam kubur (alam barzakh), dibangikitkan semula pada hari kiamat hinggalah ke alam akhirat telah Allah ceritakan dan nyatakan di-dalam Al-Quran Nul Karim.  Jika inginkan kepastian dan keyakinan teguh terhadap semua peringkat atau episode perjalanan diri ini,  perlulah kira membaca, mempelajari, meneliti, da memahami sedalam-dalamnya. Semoga kita akhirnya di redhai, diberkati dan diterima  Allah jua.

Mutiara Hadis

NAHI MUNGKAR
 
Nabi saw. bersabda: "Jika kamu melihat perbuatan mungkar, maka harus kamu merubah (menentang) dengan kekuatan kekuasaan (tangan), jika tidak dapat maka dengan nasihat lidahnya, dan jika tidak dapat, maka dibenci dengan hatinya, dan ini menunjukkan selemah-lemah iman".

Saturday, June 15, 2013

MALAM...


MALAM

Apakah malam hanyalah
sekadar gelita pekat likat
kelam hitam legam
buta semua mata
di sambar mimpi-mimpi
di ulik khayalan asyik
zikir- fikir makhluk setia
bulan bintang
gunung ganang
unggas pepohon
jua insan-insan
dalam tangis sendu
sayu pilu hiba
kering air mata
letih layu lesu
berteman doa sembunyi
dambakan redha kasih cinta
aku berdoa dalam doa
kehadirat-Mu Yang Maha Quddus.

Kelana Putra
Taman Bijaya Sura,
Dungun, Terengganu
22 Okt.2012
6 Dzulhijjah 1433.

 

PERINGATAN BAGI SELURUH PENDUDUK ALAM

Al-QURAN  PERINGATAN BAGI SELURUH PENDUDUK ALAM

“Dan sebenarnya Al-Quran itu bukanlah perkataan Syaitan yang ditejam. (Dengan yang demikian) maka kemanakah kamu hendak pergi (kiranya kamu masih menyeleweng dari jalan  Al-Quran?  Al-Ouran  itu tidak lain hanyalah PERINGATAN BAGI SELURUH PENDUDUK ALAM.  Iaitu bagi sesiapa  dari kamu yang mahu tetap teguh di atas JALAN  ISLAM YANG BETUL. Dan kamu tidak akan dapat menentukan kemahuan kamu (mengenai sesuatupun) kecuali dengan cara yang diatur oleh Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan seluruh alam (At-Takwir: 25-29)

Mutiara Hadis


Nabi saw. bersabda: “Tiga macam orang yang tidak akan diajak bicara oleh Allah pada hari kiamat dan tidak dilihat, dan mereka tetap mendapat seksa yang pedih. 1. Orang tua yang berzina, 2. Raja yang berdusta dan 3. Orang miskin yang sombong.

ISLAM ADALAH AGAMA KAMU


AGAMA ISLAM INILAH AGAMA KAMU

92.Sesungguhnya agama Islam inilah agama kamu, agama yang satu asas pokoknya dan Akulah Tuhan Kamu; maka sembahlah kamu akan Daku. 93.(kebanyakan manusia masih berselisih) dan berpecah-belah dalam urusan agama mereka; (ingatlah) mereka semuanya akan kembali kepada Kami (untuk menerima balasan). 94. Dengan yang demikian, sesiapa yang mengerjakan sesuatu amal kebaikan, maka tidaklah disia-siakan amal usahanya dan sesungguhnya Kami tetap menulisnya. 95. Dan mustahil kepada penduduk sesebuah negeri yang Kami binasakan, bahawa mereka tidak akan kembali (kepada Kami untuk menerima balasan di akhirat kelak. (AL-ANBIA: 92-95)

RENUNGAN AL-QURAN 313


PELIHARA DIRI DAN KELURGA DARIPADA NERAKA
Dalam ayat 6 dan 7 surah AL-Tahrim,  Allah Talla berfirman dengan maksudnya;

(6) Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya manusia dan batu (berhala); nereka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka dan mereka pula melakukan segala yang diperintahkan.

(7) Malaikat itu akan berkata kepada orang-orang yang dimasukkan kedalam nereka: “Hai orang-orang yang kufur ingkar! Janganlah kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini, (kerana masanya telah terlambat). Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang telah kamu kerjakan.

6 O ye who believe! save yourselves and your families from a Fire whose fuel is Men and Stones over which are (appointed) angels stern (and) severe who flinch not (from executing) the Commands they receive from Allah but do (precisely) what they are commanded.

7 (They will say) "O ye Unbelievers! make no excuses this day! Ye are being but requited for all that ye did!"

RENUNGAN

Dalam ayat di atas Allah memperingatkan dan menyeru orang-orang yang beriman supaya memelihara diri mereka dan keluarga mereka daripada neraka yang bahan bakarnya ialah manusia dan batu (yakni berhala). Neraka dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya.

Malaikat-malaikat patuh kepada semua perintah Allah dan mereka itu melakukan semua yang diperintahkan. Kepada orang-orang yang dimasukkan ke dalam neraka (ahli-ahli neraka) malaikat-malaikat mengatakan: “Hai orang-orang yang kufur ingkar! Jangan kamu menyatakan uzur (dengan meminta ampun) pada hari ini (kerana masanya telah terlambat), Kamu hanyalah dibalas dengan balasan apa yang telah kamu kerjakan”

Sekian terima kasih, Was’salaam!

 

Friday, June 14, 2013

Titisan Tinta

TELAH TERCACAT DALAM KITAB-KITAB TERDAHULU
1.Siapa yang pagi-pagi susah memikirkan dunia, maka ia pagi-pagi telah mendapat murka Allah SWT.
2. Siapa yang mengeluh kerana ditimpa musibah, maka ia mengeluhkan Tuhannya.
3. Siapa yang tidak hirau dari mana datang rezekinya, maka Allah tidak hirau dari pintu mana ia akan masuk neraka.
4. Siapa yang berbuat dosa sambil ketawa dia akan masuk neraka sambil menangis.
5. Siapa yang sibuk memenuhkan syahwat semata-mata, maka Allah akan mencabut dari hatinya rasa takut kepada hari akhirat.
6. Siapa yang merendah kepada orang kaya kerana harta kekayaannya, maka selalu terbayang di ruang matanya akan kemiskinan.