Wednesday, May 2, 2012

KESEMPURNAAN SOLAT 5

RAHSIA AL-FATIHAH DIDALAM SOLAT

Dari Abu Hurairah r.a. berkata: Kami berada di belakang imam (bersembahayang) maka berkatalah imam itu kepada kami: “Bacalah AL-Fatihah sendiri, kerana aku mendengar Rasulullah saw. mengatakan: “Telah berkata Allah Azzawajala;  Aku bahagikan solat (maksudnya Al-Fatihah) antara-Ku dan hamba-Ku menjadi dua bahagian (separuh untuk-Ku dan separuh lagi untuk hamba-Ku),dan bagi hamba-Ku apa yang mereka minta.
Apabila hamba-Ku berkata: Alhamdulillahi rab’bil alamin
Allah menjawab: Hamba-Ku memuji-Ku,
dan apabila hamba-Ku berkata; Ar’rahmanirrahim,
Allah menjawab: Hamba-Ku menyanjung-Ku,
dan apabila hamba-Ku berkata; Maalikiaul mid"din
Allah menjawab: Hamba-Ku mememuliakan-Ku,
dan apabila hamba-Ku berkata; Iyyakannak’bu waiyya kanas’taiin,
Allah menjawab: Ini seperdua untuk-Ku dan seperdua untuk hamba-Ku,
dan apabila hamba-Ku berkata; Ihdinna sirrotul mustaqiim, siratholazzi naan’aam tho alaihim, ghairil mardhu bialaihim, walla dholiim
Allah menjawab: Ini semua untuk hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta”.

Sama-samalah kita mengambil pelajaran dan petunjukNya mengenai rahsia membaca surah Al-Fatihah dalam amalan solat yang menjadi tiang agama dan ibadah pertama yang akan Allah hisabkan di akhirat kelak.
Sekian terima kasih, Was’salaam!


No comments:

Post a Comment