Wednesday, November 14, 2012

PENAWAR BAGI HATI


SIFAT TERPUJI (Mahmudah)

7. TAWAKKAL

“Ketahuilah olehmu bahawasanya tawakkal itu percaya kepada Allah Taala dan yakin bahawasanya qadhanya lulus ia dan mengikut akan Sunnah SAW. dan berusaha pada barang yang tak dapat tiada daripadanya daripada makanan dan minuman dan pakaian dan memelihara diri daripada seteru seperti yang memperbuat akan dia akan sekelian Nabi as. Dan bahawasanya tawakkal itu satu kelakuan yang dipuji, yang sebab bagi kasih Allah Taala akan orang bersifat dengan dia, kerana firman Allah SWT:

“Kemudian bila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat , untuk membuat sesuatu, maka bertawakkallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya”. (A-Li’IMRAAN: 159)

No comments:

Post a Comment