Thursday, February 6, 2014

Getaran Jiwa - Azab seksa

AZAB SEKSA
Azab dunia tak seberapa
mampu menepis menolaknya
lari berlidung diri
tembok tinggi tak tembus peluru
mahligai kaca tak telus cahaya
keliling dunia ceruk rantau
hanyalah untuk seketika

Azab kubur pasti lama
pedih perit derita
mahu lari kemana lagi
tiada daya upaya
keranda sempit nenghimpit
pasti reput hancur jua
tunggulah hingga kiamat tiba

Azab akhirat paling dahsyat
tiada tara bukan tanggungan
tidak hidup tidak pula mati
hancur luluh darah daging
pedih perit silih berganti
pekikan lolongan raungan
entahlah sampai bila

Wahai Tuhanku!
lepaskan aku dari azab-Mu
apakah mungkin aku ini
boleh kembali semula
ke dunia seperti dahulu
mengabdikan diri
dalam tulus sabar setia
kepada-Mu seluruh jiwaraga
atau bermimpikah aku?

Kelana Putra
Mahligai-Cinta 60
Sura Jetty, Dungun
Isnin 12. 11.12
27 Dzulhijah 1433.

 

1 comment:

  1. Manusia akan menghadapi azab seksa dalam kehidupan di dunia, di alam kubur (barzakh) dan di akhirat, kecuali dengan ihsan dan pertolongan Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Penyang yang melepaskannya dari semua azab seksa itu.

    ReplyDelete