Wednesday, September 26, 2012

GETARAN JIWA- KAYA

KAYA

Suka bergelar “orang kaya”?
Mahu  iadi kaya raya
Kaya harta siang malam orang bicara

Kaya wang tak sayang nak belanja-buang
Kaya kedudukan gelaran berjela panjang

Kaya anugerah gemerlapan darjah dan bintang
Kaya minda fikiran gagah perkasa
Kaya ilmu ramai murid di tiap penjuru

Kaya kekasih naik gila bila bertemu
Kaya isteri kuat kerja senyum sendiri

Kaya anak memang ramai yang tak nak
Kaya kerabat sesekali tampak hebat

Kaya kawan gembira ketawa bersiulan
Kaya hati boleh tumpang hingga mati

Kaya jiwa mudah terasa bila-bila

Kaya semangat azam tak penat
Kaya budi tabur bakti tiada henti

Kaya dosa sesal diri sepanjang usia
Kaya pahala tak pernah takut bila mati
Kaya di sini mudah di cari

Kaya di sana belum pasti

Kaya oh kaya……………..

bukanlah mudah nak jadi kaya!

 Kelana Putera
Kuala Paka
26 September 2012

 

No comments:

Post a Comment