Wednesday, September 26, 2012

KISAH-KISAH DARI AL-QURAN 23

KISAH NABI IBRAHIM 1
BERITA GEMBIRA DISAMPAIKAN KEPADA NABI IBRAHIM
24. Sudahkah sampai kepadamu (wahai Muhammad) perihal tetamu Nabi Ibrahim yang dimuliakan? 25.Tatkala mereka masuk mendapatkannya lalu mereka  memberi salam dengan berkata: “Salam sejahtera kepadamu”! Ia menjawab; Salam sejahtera kepada kamu! (Sambil berkata dalam hati) mereka ini orang-orang yang tidak dikenal. 26. Kemudian ia masuk mendapatkan ahli rumahnya serta dibawanya keluar seekor anak lembu gemuk (yang dipanggang). 27. Lalu dihidangkannya kepada mereka sambil berkata: “Silalah makan”. 28 (Setelah dilihatnya mereka tidak menjamah makanan itu), maka ia merasa takut dari keadaan mereka, (meihat kecemasannya), mereka berkata; “Janganlah engkau takut (wahai Ibrahim). Lalu mereka memberikan berita gembira kepadanya, bahawa ia akan beroleh seorang anak yang berpengetahuan. 29. (Mendengarkan berita yang menggembirakan itu) maka datanglah isterinya sambil menjerit (kehairanan) lalu menepuk mukanya sambil berkata: “Aku sudah tua lagi mandul (bagaimana aku boleh mendapat anak)? 30. Mereka berkata; “Demikianlah Tuhanmu berfirman, (kami hanyalah menyampaikan sahaja), Sesungguhnya Dialah Yang Maha Bijaksana, Lagi Maha Mengetahui”. (ADZ-DZAARIYAAT: 24-30)

No comments:

Post a Comment