Thursday, September 6, 2012

RENUNGAN AL-QURAN 127

ORANG YANG BERPALING INGKAR DARI PERINGATAN AL-QURAN

100. Sesiapa yang berpaling ingkar dari peringatan Al-Quran itu, maka sesungguhnya dia pada hari kiamat menanggung beban (dosa) yang berat. 101. Mereka kekal di dalam (azab) dosa itu dan amatlah buruknya tanggungan itu bagi mereka pada hari kiamat, 102. (iaitu) hari ditiup Sangkakala dan Kami akan himpunkan pada hari itu orang-orang yang bersalah dalam keadaan kelabu matanya. 103. Mereka berbisik-bisik sesama  sendiri. Kamu telah tinggal hanya sepuluh sahaja. 104. (Allah berfirman): Kami lebih mengetahui akan kadar masa yang mereka katakan itu, manakala orang yang lebih tepat pendapatnya di antara mereka berkata pula: Tidaklah kamu tinggal melainkan satu masa yang amat singkat. (THAHA: 100-104)

 

 

No comments:

Post a Comment