Thursday, December 13, 2012

GETARAN JIWA - Sibuk

SIBUK

Semua orang jadi sibuk
sibuk siang sibuk malam
sibuknya macam-macam
urusan dunia tak mahu dihenti
cari makan tambah rezeki
kumpul wang harta benda
memadu kasih main asmara
berhibur gelak tawa
keliling negeri pusing dunia
sesekali berangan panjang
pasang harapan berjela-jela
duduk bangun tidur jaga
bergelut  tawan isi dunia
gamat gawat tiap ketika
dihanyut bisikan godaan
begitupun jua
di sana nanti akan lebih
sibuk tak henti-henti
urusi nasib sendiri
hingga tiada kesempatan
toleh kanan toleh kiri
tanya khabar ibu ayah
isteri dan anak pinak
dari itu tak ingin
mahu ambil peduli lagi
terlalu sibuk dan disibukkan
kerana mau menjengah
suatu yang belum pasti
hidup  alam abadi …!

 
Kelana Putra
Mahligai Cinta
Tasik Puteri
Bukit Besi, Dungun
Khamis 14.12.12
29 Muharam1434

 

 

 


 

 

1 comment:

  1. Semua orang sibuk dengan macam-macam sibuk di dunia ini dan lebih lagi pada hari akhirat nanti.

    ReplyDelete