Thursday, December 13, 2012

MANUSIA SEBAGAI HAMBA ALLAH - 1

KEIMANAN KEPADA ALLAH

Keimanan kepada Allah SWT. itu merupakan hubungan yang semulia-mulianya di antara hamba (manusia) dengan Dzat Yang Maha Menciptakannya. Semulia-mulia makhlauk ciptaan Allah adalah manusia dan semulia-mulia yang manusia miliki ialah hati dan semulia-mulia hati adalah beriman kepaada Allah Yang Maha Esa. Semua ini adalah suatu nikmat dan kurniaan Allah kepada manusia selaku hamba-Nya.

Allah Taala berfirman: “….dan kamu wahai orang-orang yang beriman hendaklah bersyukur kerana,  Allah menjadikan iman suatu perkara yang kamu cintai serta diperhiaskannya dalam hati kamu, dan menjadikan kekufuran dan perbuatan fasik serta perbuatan derhaka itu; perkara-perkara yang kamu benci; mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang tetap menurut jalan yang lurus”. 8. (Mereka dijadkan berkeadaan demikian) sebagai limpah kurnia dan nikmat pemberian dari Allah; dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui; lagi Maha Bijaksana. (AL-HUJURAT: 7-8)  

No comments:

Post a Comment