Friday, November 1, 2013

Mutiara Kata - Imam Al-Ghazali

WAHAI ANAKKU TERCINTA (Imam al-Ghazali)
"Ilmu tanpa amal adalah GILA dan amal tanpa ilmu pula adalah SIA-SIA"
Dan ketahuilah bahawasanya ilmu semata-mata masih belum dapat menjauhkan engkau daripada perbuatan MAKSIAT, dan belum mampu mendorong engkau BERBUAT TAAT, dan tidak akan dapat menjauhkan engkau pada hari kiamat daripada API NERAKA. Dan apabila engkau tidak beramal dengan ilmu yg ada pada dirimu dan engkau tidak MEMBUAT PEMBETULAN TERHADAP SEGALA KESILAPAN yg engkau lakukan pada masa yg lalu, kelak engkau akan berkata pada hari kiamat nanti;
"Wahai Tuhan kami! Kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yg kami ingkari dahulu), maka kembalikanlah kami ke dunia untuk kami beramal soleh".
Lalu dikatakan kepada engkau: WAHAI SIBODOH, KENAPA ENGKAU HENDAK KEMBALI KE SANA, SEDANGKAN ENGKAU BARU SAHAJA DATANG DARI SANA!

No comments:

Post a Comment