Sunday, November 17, 2013

Selamat....

SELAMAT

Selamat datang moga kita berjumpa mesra,
Selamat bertemu moga kita sempat memujuk rayu,
Selamat bersama moga kita berdakap erat bahagia,
Selamat bermesra moga kita asyik asmaradana,
Selamat berasmara cinta moga kita asyik lena,
Selamat berpisah moga nanti kita jumpa lagi,
Selamat mati moga kita dihidupkan kembali,
Selamat hidup kembali moga kita perolehi sejahtera abadi.

Kelana Putra,
Bandar Bukit Puchong,
Isnin 18 Nov. 2013.

 

No comments:

Post a Comment