Thursday, November 28, 2013

MANUSIA BERSELISIH DALAM MENJALANKAN AGAMA ALLAH

BERSELISIH KERANA HASAD DENGKI SESAMA SENDIRI

Dan umat tiap-tiap Rasul tidak berpecah belah dan berselisihan (dalam menjalankan agama Allah) melainkan setelah sampai kepada mereka ajaran-ajaran yang memberi mereka mengetahui (apa yang disuruh dan apa yang dilarang); berlakunya (perseisihan yang demikian) semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri.Dan kalaulah tidak kerana telah terdahulu ketetapan dari Tuhanmu (untuk menangguhkan hukuman) hingga ke suatu masa yang tertentu, tentulah dijatuhkan hukuman azab dengan serta merta kepada mereka. Dan sesungguhnya orang-orang yang diberikan Allah mewarisi Kitab agama kemudian daripada mereka, berada dalam keadaan syak yang menggelisahkan terhadap Kitab itu. (ASY-SYUARA: 14)

1 comment:

  1. Umat manusia dari setiap Rasul mula berpecah belah dan berselisihan dalam menjalankan agama Allah setelah mereka diberi tahu apa yang diperintah dan apa yang dilarang...atas hasad dengki mereka.

    ReplyDelete