Tuesday, July 7, 2015
Monday, February 23, 2015
RENUNGAN AL-QURAN 27/2015
SEMUA BERSUJUD KEPADA ALLAH
18. Tidakkah engkau
mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada
Allah, dan (di antaranya termasuklah) matahari, dan bulan dan bintang-bintang,
dan gunung ganang dan pokok-pokok kayu dan binatang-binatang, serta sebahagian
besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa
azab (disebabkan kekufuran dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang
dihinakan oleh Allah maka ia tidak dapat beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya.
Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkan-Nya. (AL-HAJJ: 18)
Sunday, February 22, 2015
Getaran Jiwa - Wahai Dunia..!
WAHAI DUNIA!
Ramai orang terpegun pesona
dengan anggun ayu jelitamu
ramai orang merindu geram
dengan senyum manis madumu
ramai orang sayu lesu
dengan lambaian mesra ajakmu
ramai orang rebah bersimpuh
dengan goda pujuk rayumu
ramai orang bimbang takut
dengan kehilangan dakap ciummu
ramai orang panas rimas
dengan pelukan erat bara tubuhmu
ramai orang angau alpa
dengan gedik lenggok gayamu
ramai orang lintang pukang huru hara
dengan main dan lakonmu
ramai orang hanyut sesat
dengan putaran songsangmu
ramai orang asyik angau
dengan asmaradana lunak bikinanmu
ramai orang kalah tewas
dengan belenggu ganas nafsumu
ramai orang mati hati jiwa
dengan cinta buta padamu.
Kelana Putra,
Teluk Bidara, Dungun
Sabtu 21. Februari 2015.
Saturday, February 21, 2015
RENUNG FIKIR
KHUTBAH TERAKHIR NABI SAW.
Khutbah terakhir merujuk kepada khutbah atau
ucapan terakhir Nabi Muhammad
kepada sekumpulan besar pengikut dan
masyarakat Islam yang hidup pada zaman Nabi Muhammad
. Ia berlaku pada peristiwa Haji Wida' Rasulullah
yakni pada 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah
di Lembah Uranah, Bukit Arafah,
baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di hadapan kaum Muslimin, di antara
isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu adalah:



"Wahai manusia, dengarlah
baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat
bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan
teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat
hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana
kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta
setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan
kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun
agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu
akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan
kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan
riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu
mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga
berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita
kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya
mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka
ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke
dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah
bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah,
dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah
di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat
dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji
sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada
Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia
dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan
menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa
yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu
terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi
atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama
baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku
yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu
dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya,
nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang
mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir
lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah
Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
Amin...Ya Rabbil-alamin.
Getaran Jiwa - Zikrullah
Semua makhluk melata
jins dan manusia serta
makhluk di langit dan bumi
juga di antara keduanya
yang ghaib dan yang nyata
memuji dan memuja TuhanNya
siang malam pagi petang
silih ganti berulang-ulang
ucapan di bibir mersa
tiada letih tidak jemu
semuanya dalam jaga
tika berdiri, duduk dan baring
antara perlahan dan nyaring
dalam susah dan senang
dalam aman dan perang
dalam sembunyi dan terang-terangan
dalam hati tetap berbisik
nama-nama asma-ul-husna
diri hamba-hamba yang kerdil
mahu menyerah dan pasrah
atas taat setia cinta
kepada Raja sekalian manusia
Tuhan seru sekalian alam.
Kelana Putra,
Dungun Trg,
Ahad 22 Februari 2015.
jins dan manusia serta
makhluk di langit dan bumi
juga di antara keduanya
yang ghaib dan yang nyata
memuji dan memuja TuhanNya
siang malam pagi petang
silih ganti berulang-ulang
ucapan di bibir mersa
tiada letih tidak jemu
semuanya dalam jaga
tika berdiri, duduk dan baring
antara perlahan dan nyaring
dalam susah dan senang
dalam aman dan perang
dalam sembunyi dan terang-terangan
dalam hati tetap berbisik
nama-nama asma-ul-husna
diri hamba-hamba yang kerdil
mahu menyerah dan pasrah
atas taat setia cinta
kepada Raja sekalian manusia
Tuhan seru sekalian alam.
Kelana Putra,
Dungun Trg,
Ahad 22 Februari 2015.
Friday, February 20, 2015
RENUNGAN AL-QURAN 26/2015
"Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Allah (Muhammad saw.) dengan membawa kebenaran dari Tuhan kamu, maka berimanlah kamu (kerana yang demikian itu) amatlah baiknya bagi kamu. Dan jika kamu kufur ingkar (maka kekufuran kamu itu tidak mendatangkan kerugian apa-apa kepada Allah), kerana sesungguhnya bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan di bumi; dan Allah sentiasa Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. (AN-NISAA': 170)
Thursday, February 19, 2015
RENUNGAN AL-QURAN 25/2015
ZIKRULLAH MENENANG
TENTERAMKAN HATI MANUSIA
27. Dan orang-orang
yang kafir berkata: “Mengapa tidak diturunkan kepada (Muhammad) satu mukjizat
dari Tuhannya?” Katakanlah (wahai Muhammad); “Sesungguhnya Allah menyesatkan
sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan memberi
petunjuk ke jalan agamaNya, sesiapa yang rujuk kepadaNya. – 28. (Iaitu)
orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah”.
Ketahuilah! Dengan “zikrullah” itu; tenang tenteramlah hati manusia. (AR-RA’D:
27-28)
Tuesday, February 17, 2015
RENUNGAN AL-QURAN 24/2015
DIBANGKITKAN UNTUK MENERIMA
BALASAN
68. Dan sudah tentu ditiup
sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan
yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya);
kemudian ditiup sangakala lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri
menunggu (kesudahan masing-masing). 69. Dan akan bersinar terang benderang bumi
(hari akhirat dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberikan Kitab suratan amal
(untuk dibicarakan); dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan akan
dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasan
sedikitpun. 70. Dan akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang-balasan apa yang
telah dikerjakannya, dan Allah lebih mengetahui akan apa yang telah mereka lakukan
(AZ-ZUMAR: 68-70)
Monday, February 16, 2015
RENUNGAN AL-QURAN 23/2015
Hari Qiamat
Pada hari itu, kepada
Tuhanmulah sahaja terserahnya ketetapan segala perkara. Pada hari itu, manusia
dibertahu akan apa yang ia telah lakukan, dan apa yang ia telah tinggalkan.
Bahkan manusia itu, (anggotanya) menjadi saksi terhadap dirinya sendiri,
Walaupun ia memberikan alasan-alasannya (untuk membela diri). (AL-QIAMAT;
12-15)
RENUNGAN AL-QURAN 22/2015
Wahai orang-orang yang beriman,
tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan, dan
janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mkereka} kerana
kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa
yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan
perbuatan keji yang nyata. Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri
kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada
mereka (disebabkan tingkahlakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya),
kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada
apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu.n (AN-NISAA’: 19)
Sunday, February 15, 2015
Getaran Jiwa - Bangkit terima balasan
BANGKIT TERIMA BALASAN
Bila sampai ketikanya
semua yang
bernyawa
dibangkitkan hidup kembali
gegak gempita
sangkakala
bergema ke seluruh alam
semua manusia yang bersemadi
di bongkarkan dari kuburan
bangun dalam bingung
melata berserakan
bagai rama-rama berterbangan
Ini bukan lagi igauan
Ini bukan hanya
khayalan
setiap diri telanjang sendirian
dalam rela atau paksa
di bawa menghadap Tuhan Yang Maha Esa
tunggu giliran dan
terima suratan amalan
dengan tangan kiri atau tangan kanan
sijjin atau
illiyin
sebarat dzarrah sekalipun dihitung kira
di atas neraca al-mizan
kelak pasti jelas
nyata
untung rugi nasib
diri
balasan baik di Syurga sejahtera
balasan buruk di Neraka jahim
itulah sumpah janjiNya
Tuhan Yang Maha Adil, Maha Bijksana.
Kelana Putra
Bandar Bukit Puchong
Selangor Darul Ehsan
Selasa 10 Sept. 2013.
Friday, February 13, 2015
RENUNGAN AL-QURAN 21/2015
DOSA SYIRIK TIDAK DIAMPUNKAN
48. Sesungguhnya Allah tidak
mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan Sesutu apa jua), dan akan
mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut
aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu
yang lain), maka sesungguhnya ia melakukan dosa besar.(AN-NISAA’: 48)
Thursday, February 12, 2015
Getaran Jiwa - Pulang kembali
PULANG KEMBALI
Dari jauh engkau datang
dari dekat engkau pulang
dalam paksa mahupun rela
tiada sebarang tawar menawar
tiada cebisan jual gadai
tempoh usia bukan milik si hamba
walaupun engkau miliki
wang berjuta-juta
harta bertimbun-timbun
emas perak berbukit gunung
pangkat kedudukan melambung
gelaran dunia berjela-jela
kaum kerabat, sahabat handai berjuta-juta
semua pasti ditinggalkan jua
pulang kembali atas sumpah janji Ilahi
menghadap Tuhan Yang Maha Suci
(Takziah atas
kepulangan TGNA)
Kelana Putra,
Dungun, Terengganu
Jumaat 13 Februari 2015.
Wednesday, February 11, 2015
AL-HIKAM (1)
Sayed Ahmad Albadawy ra. berkata: Perjalanan kami berdasarkan (bersendikan) kitab Allah dan sunnatur-Rasul saw.
1. Benar dan jujur
2. Bersih hati
3. Menepati janji
4. Menanggung tugas dan derita
5. Menjaga kewajiban.
1. Benar dan jujur
2. Bersih hati
3. Menepati janji
4. Menanggung tugas dan derita
5. Menjaga kewajiban.
Sunday, February 8, 2015
RENUNGAN AL-QURAN 22/2015
"Wahai sekalian umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu; Bukti dari Tuhan kamu+ dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu (Al-Quran sebagai) Nur (cahaya) yang menerangi (segala apa jua yang membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagian yang kekal di akhirat kelak)". (AN-NISAA': 174) ....+Bukti di sini maksudnya - Nabi Muhammad saw. yang telah terbukti kebenarannya dengan berbagai jenis mukjizat dan dalil-dalil yang jelas nyata.
Saturday, February 7, 2015
Getaran Jiwa - Bukan sebuah fata morgana
BUKAN SEBUAH FATA MORGANA
Aku tahu
aku mengerti
aku sedari
aku sudah agak lama
berada di pentas ini
senyum, gelak tawa dan bahagia,
bersama isteri cinta setia,
anak pinak dan cucu-cucu sayangku
kaum kerabat dan kawan-kawan
kini aku sedang menanti
lambaian tangan sakti
untuk aku pulang kembali
ke alam azali dan abadi
dan ia sesungguhnya
bukanlah lagi
sebuah lingkaran pelangi atau
fata morgana ciptaan manusia.
Kelana Putra,
Dungun, Terengganu
Sabtu 7 Februari 2015.
Thursday, February 5, 2015
RENUNGAN AL-QURAN - 21/2O15
"Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan)" (AN-NISAA': 80)
Wednesday, February 4, 2015
RENUNGAN AL-QURAN 20/2015
"Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya-zuriat keturunan-lelaki dan perempuan yang ramai.Dan bertakwalah kepada Allah yang selalu kamu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silat'ur-rahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (An-Nisaa': 1)
Getaran Jiwa - Cinta Abadi
CINTA ABADI
Mahligai cintaku ini
setulus nur di alam maya
sesuci air mata setia
selembut sutera bidadari
seputih awan berarak ria
sewangi mawar kasturi
semarak kerinduan para sufi.
Cetusan minda hati budi
hasratku melangit tinggi
membunuh nafsu tak bertepi
menggoda sepanjang detik usia
meranapkan segala halangan
bersama gelumang perit pedih
melamar damai nikmat cinta
bila dan di manakah
impian ini akan berhenti?
Masa berlalu sepantas peluru
siang dipadu asmara rindu
malam mimpiku asyik syahdu
Kupesan mesra pada purnama
Kukirim warkah ke alam tinggi
apakah lamunan cintaku ini
hanyalah sebuah
mimpi
yang mungkin menjadi nyata
kupohonkan Cinta Abadi
KepadaMu Ya Rabbi.
Kelana Putra
Shah Alam,
Selangor DE
15 September 2011
Selasa 17 Syawal 1432.
Friday, January 30, 2015
BAH AIR KUNING
SYAIR BAH AIR KUNING
Ingin hamba bercerita peri
Alkisah Disember tahun 2014 masehi
Sama dengan tahun 1435 hijrah
Bah besar datang menerjah.
Di negeri-negeri Pantai Timur
Lebih seminggu hujan mencurah,
Ramai orang resah gelisah
Bah Air Kuning membawa padah.
Air juga umpama api
Masa kecil menjadi kawan
Bila dah besar menjadi lawan
Tiada kuasa untuk
melawan.
26 Disember banjir memuncak
Lebih 200,000 orang lari berpindah
Semakin gawat semakin rancak
Semua pasukan turut dikerah.
Pasukan petugas berpenat lelah
Membawa orang-orag dilanda bah
Menghantar bekalan tiada mudah
Kerana jalanraya banyak yang punah.
Duli Tuanku turut berhiba
Mengenag nasib rakyat jelata
Mencemar duli ke ceruk desa
Melhat sendiri akan petaka.
Memanda Menteri tak senang duduk
Melawat rakyat di segenap pelusuk
Memberi bantuan mana yang patut
Sambil berjanji untuk hari esok.
Ramai orang bernasib baik
Mereka sempat dipungut kutip
Walaupun ramai berderet-deret
Pusat pemindahan semakin sempit.
Musibah datang tidak diundang
Musibah pulang tidak dihalang
Ia mlenyapkan
harta tersayang
Hatta nyawa ada yang melayang.
Bila bah sudah hilang
Harta benda jadi sampah gelimpangan
Berat sungguh mata memandang,
Lebih berat jiwa yang terhalang
Semua yang hilang musnah
Kena diganti dengan
senonoh
Banyaklah wang dari khazanah
Kena belanja lebih berhemah
Hati siapa tidak sayu
Jiwa siapa tidak pilu
Mengenang peristiwa yang berlalu
Sedang masa hadapan kian lesu.
Itulah ujian dan peringatan
Untuk kita bermuhasabah
Bila diri ditimpa musibah
Banyak-banyak mengingat Allah.
Kelana Putra,
Kuala Terengganu.
Jumaat 1 Januari
2015.
Getaran Jiwa - Memori terluka
MEMORI TERLUKA
Sebuah kisah musibah petaka
peristiwa hujung disember 2014
hujan lebat mencurah-curah
segenap pelusuk melimpah ruah
tenggelam kota dan desa
negeri-negeri Pantai Timur
di alun gelombang gelora
manusia jadi gundah gulana
bigkiskan hati yang lara
lukiskan wajah-wajah duka.
Ribuan orang dilamun derita
hilang rumah dan harta benda
ranap runtuh gelimpangan
selerak lintang pukang
dimamah arus deras meluru
air laju umpama peluru
semua jadi sampah sarap
menunggu masa dilupus
buang.
Banjir besar tinggalkan
luka-luka di dada
pedih perit hirisan
sembilu
menikam dalam jiwa
kalbu
setiap warga tua muda
hati siapa tidak pilu
jiwa siapa tidak sayu
melihat segala yang lebur
hilang dan punah ranah.
Minda,hati dan budi
dilamun hasrat yang meninggi
apakah sinarnya kian suram
menuyuluh sebuah masa depan
daya upaya kian kurang
meredah liku hidup berjurang
sambil menhgarap bantuan mendatang.
Musibah datang tidak diundang
musibah pulang tidak dihalang
lenyapkan kekayaan kemewahan
hatta nyawa orang tersayang
anak pinak, kaum kerabat dan sahabat
berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul.
amatlah berat jiwa terluka..
Apakah musibah petaka ini
sekadar peringatan amaran
ataukah hukuman balasan
atas segala dosa dan kesalahan
hidup yang lalai dan melupakan
segala perintah dan larangan Tuhan.
Apapun jua segalanya
telah dicatat dalam Al-Kitab
sebagai qada' dan qadar
tiada kuasa manusia menolaknya
dalam paksa mahupun rela
moga dengan bermuhasabah
diri lebih perkasa ampuh
hidup mati dalam redha Ilahi
hingga sampai ke ujung usia
bersama sebuah
memori terluka.
Kelana Putra,
Dungun Terengganu.
Jumaat 1 Januari
2015.
Tuesday, January 27, 2015
RENUNGAN AL-QURAN 19/2015
"Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat". (A-LI 'IMRAAN: 132)
Saturday, January 24, 2015
Getaran Jiwa - Cinta Abadi
CINTA ABADI
Mahligai cintaku ini
setulus nur di alam maya
sesuci air mata setia
selembut sutera bidadari
seputih awan berarak ria
sewangi mawar kasturi
semarak kerinduan para sufi.
Cetusan minda hati budi
hasratku melangit tinggi
membunuh nafsu tak bertepi
menggoda sepanjang detik usia
meranapkan segala halangan
bersama gelumang perit pedih
melamar damai nikmat cinta
bila dan di manakah
impian ini akan berhenti?
Masa berlalu sepantas peluru
siang dipadu asmara rindu
malam mimpiku asyik syahdu
Kupesan mesra pada purnama
Kukirim warkah ke alam tinggi
apakah lamunan cintaku ini
hanyalah sebuah
mimpi
yang mungkin menjadi nyata
kupohonkan Cinta Abadi
KepadaMu Ya Rabbi.
Kelana Putra
Shah Alam,
Selangor DE
15 September 2011
Selasa 17 Syawal 1432.
Friday, January 23, 2015
Bingkisan Qalbu
"Jangan kamu fikir bila berbuat amal bertimbun-timbun, pahala boleh jadi macam gunung andainya diri bersifat sombong"
RENUNGAN AL-QURAN 18/2015
BALAS MEMBALAS
Dan Kami telah tetapkan atas
mereka dalam Kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata
dibalas dengan mata, dan hidungn dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas
dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas
(seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia
penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (AL-MAA’IDAH:
45)
Thursday, January 22, 2015
RENUNGAN AL-QURAN 17/2O15
BERPEGANG TEGUH KEPADA
AGAMA
22. Dan sesiapa yang
berserah diri bulat-bulat kepada Allah (dengan ikhlas) sedang ia berusaha
mengerjakan kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang teguh kepada
simpulan (tali agama) yang teguh; dan (ingatlah) kepada Allah jualah kesudahan
segala urusan. (LUQMAN: 22)
RENUNGAN AL-QURAN 16/2015
DIBANGKITKAN UNTUK MENERIMA
BALASAN
68. Dan sudah tentu ditiup
sangkakala, maka pada waktu itu matilah makhluk-makhluk yang ada di langit dan
yang ada di bumi, kecuali sesiapa yang dikehendaki Allah (terkemudian matinya);
kemudian ditiup sangakala lagi, maka dengan serta merta mereka bangun berdiri
menunggu (kesudahan masing-masing). 69. Dan akan bersinar terang benderang bumi
(hari akhirat dengan cahaya Tuhannya; dan akan diberikan Kitab suratan amal
(untuk dibicarakan); dan akan dibawa Nabi-nabi serta saksi-saksi; dan akan
dihakimi di antara mereka dengan adil, sedang mereka tidak dikurangkan balasan
sedikitpun. 70. Dan akan disempurnakan bagi tiap-tiap seorang-balasan apa yang
telah dikerjakannya, dan Allah lebih mengetahui akan apa yang telah mereka lakukan
(AZ-ZUMAR: 68-70)
RENUNGAN AL-QURAN 15/2015
DOA: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami dari azab neraka". (A-LI 'IMRAAN: 16)
Wednesday, January 21, 2015
Getaran JIwa - Sumpah janji setia
SUMPAH JANJI SETIA
Bukankah setiap diri telah
bersumpah janji setia
sejak azali awal mula
semua dicatat dalam
Al-Kitab Luah-Mahfuz
ketetapan Tuhan Yang
Maha Esa.
Bukankah setiap jiwa
dengan sungguh yakin
percaya
Tiada Tuhan melainkan
Allah Yang Mah Esa
untuk kau sembah
tanpa bantah
untuk kau turut
segala perintah
untuk kau hindar
segala tegah.
Muhammad iru Rasul
Pesuruh Allah
bawa petunjuk kitab
Al-Quran
ada peringatan dan amaran
menunjukan jalan yang
lurus
dengan harapan
manusia beriman,
berbuat amal kebaikan
kepada Tuhan Semesta
Alam
jua kepada manusia
dan alam.
Kelak di sana nanti
anggotamu sendiri
akan menjadi saksi
terhadap dirimu dan
waktu iitu engkau
tidak mampu
untuk terus berdusta
lagi
dan apakah engkau
rela
sumpah janji setiamu
memakan dirimu?
Kelana Putra,
Kuantan, Pahang DM
10 Disember 2011
Sabtu 15 Muharam 1432.
Getaran Jiwa - Kelana Sepi
KELANA SEPI
Suatu hari nanti
pasti roh- jasadku ini
bertemu berpadu lagi
jelajahi kembara saujana
dalam sayu sepi sendiri
aku tidak tahu
apakah
ajal maut dan kisahnya
apakah ia sekadar
berhenti dan menanti
teriak tempik sangkakala
bangkit kembali dari kubur
terkejut pinga
dan terus kembara sendiri
ke Padang Mahsyar
menerima suratan amal
menghisab dosa pahala
kemudian meniti sirath
dalam getir susah payah
apakah aku boleh melepasi
kiranya ada sinar cahayaMu Ilahi
atau syafaat RasulMu
atau aku jatuh tersungkur
ke dalam jurang azab seksa
tiada hidup tiada mati?
Kelana Putra
Dungun, Terenggnu
Ahad 1 Jun 2013.
Tuesday, January 20, 2015
RENUNGAN AL-QUARAN - 14/2015
"Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi". (A-LI 'IMRAAN: 86).
Monday, January 19, 2015
RENUNGAN AL-QURAN 13/2015
ZIKRULLAH
"Dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang yang menyebut nama Allah banyak-banyak - Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar/agung". (AL-AHZAAB: 35)
RENUNGAN AL-QURAN 12/2015
(Ingatlah) ketika
Allah berfirman: “Wahai Isa! Sesungguhnya Aku akan mengambilmu dengan sempurna,
dan akan mengangkatmu ke sisiKu, dan akan membersihkanmu dari orang-orang kafir, dan juga akan
menjadikan orang-orang orang-orang yang mengikutmu mengatasi orang-orang kafir
(yang tidak beriman kepadamu), hingga ke hari kiamat. Kemudian kepada Akulah tempat kembalinya
kamu, lalu Aku menghukum (memberi keputusan) tentang apa yang kamu
perselisihkan”. (A-LI ‘IMRAAN: 55)
Sunday, January 18, 2015
RENUNGAN AL-QURAN 11/2015
Katakanlah (wahai Muhammad); "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkau juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu"
Saturday, January 17, 2015
Friday, January 16, 2015
RENUNGAN AL-QURAN 10/2015
BERSEDIA UNTUK HARI AKHIRAT
18. Wahai orang-orang yang
beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan
meninggalkan larangan-Nya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan
memerhatikan apa yang telah ia sediakan (dari amalan-amalannya) untuk hari esok
(hari akhirat). (AL-HASY-R; 18)
Wednesday, January 14, 2015
RENUNGAN AL-QURAN 9/2015
”Dan apabila manusia
disentuh oleh sesuatu bahaya, mereka segera berdoa kepada Tuhan mereka dengan
keadaan rujuk kembali bertaubat kepadaNya; kemudian apabila Allah memberi
mereka merasai sesuatu rahmat daripadaNya, tiba-tiba sebahagian dari mereka mempersekutukan
sesuatu yang lain dengan Tuhannya”. (AR-RUUM: 33)
Getaran Jiwa - Indah damai
INDAH DAMAI
Betapakah hebat indah damai
alam samesta berserta isinya
langit biru angkasa raya
bulan purnama memamah gelita
pekat malam berbalam-balam
bintang malam kerdipan alam
jadi pedoman jelajah samudera
panduan musafir Sahara
suria siang sentiasa dinantikan
makhluk melata di bumi fana'
burung-burung terbang riang,
unggas-unggas berkicau siulan
dari fajar hingga senjakala
menyinar cahaya gemilang
terang benderang lampu alam
semua makhluk taruh harapan
samudera menjamah pantai
sesekali geram membadai
gunung ganang tegak megah
memasak bumi tunjang teguh
tampak indah dari jauh
begitu seni begitu murni
bikin manusia termimpi-mimpi
sungguh asyik beribu kali.....
Ciptaan-Mu Ya Ilahi
Kelana Putera
Teluk Gadung
Dungun 18
Okt 2012
Getaran Jiwa - Mentari bersinar lagi
Hati siapa tidak sayu
jiwa siapa tidak pilu
kalbu ditusuk-tusuk
pilu sayu
tiada senyum dibibir mesra
jiwa dialun
gelora
kecamuk fikran dalam kepala
musibah ujian datang menerpa
hanya mimpi yang hilang segera
tiada bayangan dalam lintasan
rumah-rumah tempat berlindung
hilang lesap koyak rabak
dimamah banjir raksaksa
kenderaan dan harta benda
berkecai lintang pukang
disembam dalam selut lumpur
pada ketika amukan banjir
hanya nyawa jadi taruhan
lari dan melarikan diri
selagi ada kesempatan
tak kira siang mahupun malam
bawa bersama orang tersayang
anak isteri dan kaum kerabat
berlabuh di tempat lebih selamat
bila banjir sudah hilang
dikerahkan minda hati budi
lebih perkasa bersama
harapan yang belum pasti
apakah kehidupan ini masih segar
bak mentari yang bersinar lagi?
Kelana Putra,
Dungun Terengganu
Rabu 14 Januari 2015.
RENUNGAN AL-QURAN 8/2015
PAHALA SEDEKAH HILANG LENYAP
Wahai orang-orang yang
beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan
membngkit-bangkit dari (kelakuan yang menyakiti) seperti (rosaknya pahala amal
sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada
manusia (riak) dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka
bandingan itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu
itu ditimpa hujan lebat, lalu tinggalah bersih licin (tidak bertanah lagi).
(Demikianlah juga halnya orang-orang kafir dan riak itu), mereka tidak akan
mendapat sesuatu (pahala)pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah)
Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. (AL-BAQARAH; 264)
Subscribe to:
Posts (Atom)