Thursday, September 8, 2011

RENUNGAN MINDA HATI BUDI

WANITA SOLEHAH
Perkara ini begitu menarik untuk diteliti dan dikaji secara mendalam kerana Allah SWT sendiri telah memberi tempat dan kedudukan yang istimewa kepada kaum wanita. Hakikat ini begitu bertentangan dengan apa yang diamalkan oleh masyarakat terdahulu seperti bangsa Mesir Kuno, Israel, Hindu, Babylon, Romawi, Arab Jahiliah dan-lain sebelum kedatangan agama Islam.
Dalam masyarakat-masyarakat yang dinyatakan di atas ternyata sikap,amalan dan budaya mereka adalah merendahkan martabat kaum wanita.  Sejak zaman berzaman kaum wanita telah mengalami  diskriminasi gender, penghinaan, penzaliman dan pemerasan oleh banyak pihak. Masyarakat Arab Jahiliah sebelum kedatangan Islam misalnya menanam hidup-hidup anak perempuan mereka dengan alasan bahawa anak perempuan adalah hina, tidak memberi manfaat dan memalukan keluarga.  Perbuatan membunuh anak-anak perempuan ini telah ditegur oleh Allah SWT seperti dalam firman-Nya
“Telah merugi orang-orang yang membunuh anak-anak mereka secara bodoh tanpa pengetahuan dan mengharamkan rezeki yang diberikan Allah kepada mereka dengan senata-mata mengada-adakan terhadap Allah. Mereka telah sesat dan tidak mengikuti petunjuk.” (Al An’am: 140)
Pengarang buku WANITA SOLEHAH – Hasnah Md Nor telah mengemuka dan membincangkan pelbgai aspek mengenai Kedudukan, Personaliti dan Ciri-ciri nya dengan begitu menarik, beserta dengn petikan-petikan firman Allah dan sabda Baginda SAW.  Banyak peristiwa dan personaliti wanita solehah dipaparkan dalam buku setebal meebihi 400 muka surat, diterbitkan oleh penerbitan Darul Nu’man, 2001, Kuala Lumpur. Baik kiranya anda menelitinya jika ingin mendalami tajuk ini.
Saya suka memetik sinopsis  yang ditulis pada buku tersebut.  “Kasih sayang, kelembutan dan kemesraan yang tersemat dihatinya merupakan anugerah Allah SWT yang perlu disyukuri. Namun, hanya mereka yang telah melengkapkan diri dengan budi pekerti luhur dan keimanan yang murni akan kekal mekar sebagai bunga idaman yang menghiasi taman Syurga.
Wanita solehah akan menghiasi penghidupan dengan fitrah kebenaran.  Jika ia seorang anak, ia akan menjadi anak yang solehah. Jika ia seorang isteri, ia akan taat dan patuh terhadap suami. Jika ia seorang ibu, akan dicurahkan kasih sayang  untuk anak-anak. Begitu juga sebagai hamba Allah, dia akan sentiasa tunduk dan menyerahkan diri kepada-Nya. Seterusnya sesama insan, dia menghormati dan mampu menjalinkan hubungan silatulrahim.”
Islam telah menetapkan sekurang-kurangnya tiga perkara yang perlu ditunaikan atau merupakan kewajiban bagi seseorang wanita solehah seagaimana yang terkandu1ng dalam firman-firman Allah SWT
1.   Allah ciptakan wanta sebagai penenteram dan penyenang  hati. Sifat-sifat wanita yang lembut, mesra dan kaya dengan kasih sayang sememangnya dapat meberikan kedamaian dan mengembirakan kaum lelaki sebagaimana Hawa yang diciptakan untuk Adam. Bagi Adam, Hawalah satu-satunya isteri yang sekaligus mejadi teman akrb, penghibur hati dan kawan yang paling setia.
2. Wanita mempunyai rasa kasih sayang yang mendalam.  Perasaan kasih sayang  dalam , merupakan suatu sifat istimewa, hir daripancaran hati yang terpuji dan diredhai Allah. Ia pasti menjadi jambatan kepada hubungan persaudaraan sesama insan dan dengan alam sekitar yang luas. Firman Allah “Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya diantaramu rasa dan kasih sayang.  Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.”
3.   Allah ciptakan kaum wanita untuk melahirkan zuriat umat manusia.  Selain dari peranannya sebagai isteri, kaum wanita merupakan ibu yang melahirkan anak-anak, memelihara dan mendidiknya. Hal ini dinyatakan dengan firman-Nya “Allah menjadikan bagi kamu isteri-isteri dari jenis kamu sendiri dan menjadikan bagimu dari isteri-isteri kamu itu, anak-anak dan cucu-cucu, dan memberimu rezeki dari yang baik-baik. Maka mengapakah mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat Allah?” (An Nahl: 72)
Didalam Al-Quran terdapat surah An-Nissa (Wanita) yang mengandungi perintah dan peringatan Allah bagi melindungi dan memberi  hak-hak tertentu kepada kaum wanita termasuklah mengenai perkahwinan, maskawin (mahar), hak dan penjagaan anak-anak yatim, pembahagian harta pusaka untuk anak lelaki dan perempuan dan orang-orang lain yang berhak, pengharaman kah wain dengan orang-orang tertentu seperti ibu, saudara-saudara perempuan, ibu-ibu saudara sebelah bapa dan emak, serta peraturan hidup suami isteri .
Dalam ruangan ini ingin saya ringkaskan bahawa wanita solehah itu mempunyai kewajipan dan tanggungjawa sebagai;
1.     Hamba Allah – beriman dan beribadat menyembah Allah dengan penuh                keikhlasan, kesabaran dan  ketaatan.
2.     Isteri – taat dan patuh kepada suami, berhias diri untuk suami, memelihara dan  mendidik anak-anak dengan baik, mengurus rumah tangga, mencurahkan kasih sayang dan membantu suami dalam berbagai perkara.
3.    Anak solehah – mentaati, menghormai dan berbakti ibu bapa dengan ikhlas, penuh kasih sayang kerana keredhaan ibu bapa membawa kepada keredhaan Allah.
4.     Ibu solehah – menyayangi, memelihara, mendidik dan membesarkan anak-anak dengan kasih sayang, adil dan ikhlas.
5.    Individu – berinteraksi dan berkomunikasi dengan kaum kerabat, jiran dan sahabat mengikut kehendak dan peraturan islam.
Dalam menjalani hidup dan menjalani perintah Allah SWT terdapat dua golongan manusia berdasarkan keikhlasan dan kesucian hati masing-masing, ada dua golongan iaitu orang-orang yang memiliki sifat-sifat terpuji (Mahmudah) dan orang-orang yang memiliki sifat-sifat yang diikeji (Mazmumah).  Dalam lipatan sejarah umat manusia terdapat beberapa contoh personaliti wanita solehah yang begitu mulia di sisi Allah SWT seerti Aisyah (isteri Firaun), Maryam (ibu Isa as), Khadijah (isteri Baginda SAW) dn Fatimah Az-Zahara (Puteri Baginda SAW).  Semua mereka ini mempunyai sifat kepeibadian, keimanan, ketaataan yang paling tinggi dan mulia di sisi Allah dengan melalui cabaran dan dugaan yang begitu pedih dan perit.
Isteri solehah – Siti Khadijah bt Khuwalid ialah seorang wnita solehah yang mempuyai keimanan amat kental, merupakan wanita pertama yang memeluk agama Islam selepas Baginda SAW. Dalam sabdanya Baginda menyebutkan bahawa “Dia (Khadijah) beriman kepadaku ketika orang-orang mengingkarinya, dia membenarkan ketika orang-orang mendustakannya, dan dia membantuku dengan hartanya ketika orang-orang tidak mahu membantu.”
Khadijah memiliki ciri-ciri personaliti dan amalan yang begitu  hebat dan terpuji. Dia merupakan ummul mukminin iaitu ibu bagi orang-orang yang beriman.  Dia juga merupakan isteri Rasulullah yang begitu setia, berkoran harta membantu Baginda menegakkan agama Allah – Islam dalam situasi yang begitu gawat, terdesak dan berhadapan dengan tipu helah dan pelbagai ancaman daipada kaum Quraisy termasuk ancaman bunuh dan peperangan antara kaum Islam yang sedikit bilangannya dengan kaum kafir Arab yang lebih ramai.
Khadijah sebagai isteri solehah hidup bersama Baginda SAW selama 25 tahun dan oleh kerana keimanan dan pengorbanan amat besar kepada Baginda SAW dan menegakkan Islam seingga Allah SWT menyampaikan salam-Nya dan Allah telah mendirikan untuknya sebauah Istana di dalam syurga. Masya'allah.




No comments:

Post a Comment