Sunday, September 4, 2011

SALAM 1MALAYSIA – DULU, KINI DAN SELAMANYA
         
Siri 7 dalam ruangan Sembang-Sembang Pendidikan ini adalah merupakan sambungan kepada siri 6 yang lalu dengan tajuk KUALITI GURU.

Kelima, Guru mempunyai hubungan yang baik dan mesra dengan setiap murid dan pelajar terutama dalam memahami latarbelakang diri dan keluarga mereka, menyelesaikan isu dan kelemahan peribadi dan pembelajaran. Ini melibatkan perhatian,kasih sayang dan kecaknaan (love and care) kepada setiap murid dan pelajar.

Kenam, Guru memberi fokus kepada amalan  beberapa ciri kualiti tinggi pengajaran dan pembelajaran (high quality teaching and learning practices) yang melputi sekurang-kurangnya  LIMA  amalan penting iaitu:

1.       Guru mengajar dengan menyampaikan (instruction) berkualiti tinggi bercorak pemusatan murid atau pelajar (student centered). Idea dan praktik ini teahpun disarankan semenjak pelaksanaan KBSR dan KBSM lebih 40 tahun lalu.

2.       Guru menggalakkan penyertaan dan penglibatan pelajar secara serius dan bersungguh-sungguh dalam aktiviti-aktiviti kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah dan luar sekolah.

3.        Guru menggunakan pentaksiran dan penilaian dalam mengesan dan memantau kemajuan pembelajaran dan pencapaian pelajar. Misalnya ialah dengan mengamalkan LPBS secara lebih meluas, konsep-konsep TOV dan ETR.

4.       Guru menggunakan pengurusan strategik dalam memajukan tingkahlaku positif. Dalam hal ini perkara-perkara utama yang menyentuh perlakuan positif  waja diri seperti disiplin, motivasi, kepimpinan, keyakinan diri, sikap positif, berani dan lain-lain dibangunkan dan diutamakan

5.        Guru mempunyai rekod dan bukti yang jelas bahawa setiap pelajar boleh dan sanggup belajar. Konsep-konsep pembelajaran yang pelbagai, menarik, seronok dan berkesan sangat perlu diamalkan dengan sebaik-baiknya.

Persoalan mengenai kualiti guru ini sesungguhnya sangat subjektif dan mempunyai pro dan kontra yang sudah begitu lama dibuat pemerhatian, penyelidikan dan diperdebatkan oleh pelbagain pihak seperti  agensi-agensi kerajaan dan pendidikan, universiti dan badan-badan atau pertubuhan prosefional pendidikan peringkat negara dan antarabanga.

Kepada anda guru guru dan kaum penddik Malaysia renungkan hasrat untuk meningkatkan martabat profesion diri masing-masing supaya menjadi lebih berkualiti, berkesan, berdaya  dan kaya menyumbang. Dari masa kemasa buatlah refleksi-muhasabah diri serta perkaykan dan perkasakan minda (ilmu), hati (jiwa murni) dan budi (bakti) anda kepada anak-anak didik, masyarakat, agama dan negara tercinta ini dengan tulus ikhlas lagi setia.

Selamat berbakti dengan akal hati budi yang pekasa. Selamat merayakan Hari Persekutuan Malaysia 16 September – 2011











No comments:

Post a Comment