Thursday, September 15, 2011

GETARAN JIWA - AIR MATA


Air mata

 Lontaran rasa jiwa
Ibu anak dan kekasih
Tak ternilai harganya
Pada seniman sampai berjuta
kaya sekelip mata
tontonan seluruh dunia

Pada ibu tersirat seribu makna
cahaya hati amat disayang
dari kecil hingga dewasa
air mata kasih berlinangan
kerana sedih dan gembira
sepanjang usia bongkok tiga

Pada kekasih menagih cinta
air mata bak sajian
merayu-rayu meratap hiba
siang malam hanya serupa
bila jauh rindu asyik
bila cemburu kecewa putus cinta

Pada-Mu Yang Pemurah dan Penyayang
air mata bagaikan cucuran hujan
Kupohonkan taufik dan hidayah-Mu
Untuk hidupku di sisi dan di sana
Moga damai bahagia
Abadi hendaknya.

Kelana Putra
Bandar Puteri,
Bukit Puchong
Selongor DE
16 Sept 2011
Jumaat 18 Syawal 1432




No comments:

Post a Comment