Saturday, October 1, 2011

MEMPERKASAKAN BANGSA DAN NEGARA - SIRI 1

SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA 
 
                                           TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA
                                            “Kalau roboh Kota Melaka
                                             Papan di Jawa SAYA dirikan
                                             Kalau sungguh bagai dikata
                                             Nyawa dan badan SAYA serakhan”

Kepada anda peminat dan pembaca setia, saya ucapkan selamat bermuhasabah merenungi nasib bangsa dan negara dengan minda hati budi yang luhur.  Nasib bangsa dan negara berada ditangan kita semua. Kini saya buka suatu gelanggang baru yang saya namakan MEMPERKASAKAN BANGSA DAN NEGARA.
Dalam siri pertama ini ingin saya singkapkan sepintas lalu mengenai kelahiran sebuah negara bangsa yang telahpun dijajah oleh Portugis, Belanda dan kemudiannya Inggeris selama 446 tahun (1511-1957). Sesiapa sahaja yang menyatakan bahawa kuasa barat itu termasuk Inggeris bukan penjajah ialah suatu omomgan kosong lupa diri bahkan suatu pembohongan. Apakah kuasa-kuasa barat yang hadir di negara ini dalam tempoh yang begitu panjang itu adalah sahabat dan rakan kongsi yang setia? Apakah idea ini suatu provokasi kepada rakyat dan pemimpin negara ini khususnya bangsa Melayu?  Atau  ia sengaja ditimbulkan  atas rasa kecewa dan inginkan populariti murahan atau apakah tujuan sebenarnya? 
 Mengambil iktibar daripada liku-liku perjuangan bangsa, saya ingin teruskan bicara mengenai perjalanan bagi menegakkan sebuah negara dan bangsa  yang merdeka dan berdaulat dengan nama Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1975. Jepun menyerah kalah dan meninggakan Tanah Melayu berakhir pada 12 September 1945. Kuasa Inggeris kembali hadir sekali lagi meneruskan penjajahan politik dan ekonomi ke atas negeri-negeri Tanah Melayu dan  negara ini diletakkan di bawah Pentadbiran Tentera British (BMA).
Semenjak dari awal kemasukannya pihak Inggeris bercadang memperkenalkan suatu perlembagaan baru dikenali sebagai Perlembagaan Malayan Union.  Pada bulan oktober 1945, Harold Mac Micheal telah dihantar ke Tanah Melayu sebagai utusan khas Setiausaha Tanah Jajahan untuk mendapatkan persetujuan Raja-raja Melayu bagi menubuhkan Malayan Union.
Cadangan Malayan Union ini tidak dipersetujui oleh Raja-raja Melayu dan menerima tentangan hebat daripada orang-orang Melayu kerana cadangan ini berhasat menyatukan semua negeri Melayu di bawah satu pentadbiran pusat (persekutuan) yang diketuai oleh Gabenor General Britisah dan kerajaan negeri-negeri pula diketuai oleh Residen Commisioner Britisah. 
Dalam cadangan Malayan Union ini semua Tanah Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka diletakkan di bawah satu Kerajaan Pusat. Raja-raja Melayu dikekalkan sebagai ketua negeri masing-masing dengan hanya berkuasa dalam ha ehwal adat istiadat Melayu dan Agama Islam sahaja. Semua orang pula diberikan hak dan taraf kerakyaatan yang sama. Manakala Singapura dikekalkan sebagai tanah jajahan British berasingan daripada negeri-negeri Tanah Melayu.
Orang-orang Melayu di bawah pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar pada 29 dan 30 Mach 1946 telah mengadakan persidangan khas anjuran Kongres Melayu  SeMalaya  di Kuala Lumpur dan kongres ini telah bersetuju:
1.    Menggesa orang Melayu memulaukan Malayan Union dan segala istiadat           perlantikan Gabenor Malayan Union.
2.    Menggesa Raja-raja Melayu memulaukan istiadat Perlantikan Gabenor Malayan Union dan
3.    Menggesa orang Melayu berkabung mulai 1 April 1946 iaitu tarikh permulaan Malayan Union.
Peristiwa penentangan Malayan Union ini menjadi mercu tanda dalam sejarah perjuangan nasionalisme bangsa Melayu. Orang Melayu telah bersatupadu menentang rancangan Inggeris ini tanpa mengira batas kepentingan peribadi, kedaerahan dan kenegerian. Sesungguhnya Kongres Melayu SeMalaya ini amat berjaya kerana 41 pertubuhan Melayu dari seluruh pelusuk Tanah Melayu termasuk Persatuan Orang Asli telah dipertemukan untuk suatu perjuangan menegakkan ketuanan dan kedaulatan bangsa Melayu.
Dalam Kongres Melayu SeMalaya Ketiga yang diadakan pada 11 Mei 1946 di Johor Bahru mereka telah menubuhkan pertubuhan  politik Melayu yang dinamakan Pertubuhan Melayu Bersatu (PERKEMBAR) (United Malay National Organisation) -UMNO.
Sebelum ini sebenarnya telah muncul kemuncak penentangan orang Melayu apabila mereka mengadakan demonstrasi besar-besaran pada 15 Disember 1945 apabila lebih 10,000 orang telah menyertai perarakan dan demonstrasi yang dianjurkan oleh Persatuan Melayu Kelantan apabila Harold Mac Micheal datang ke Kota Bharu bagi mendapatkan persetujuan atas cadangan Malayan Union daripada DYMM Sultan Kelantan. Satu perarakan raksasa seramai 50,000 orang  telah diadakan di Alor Setar pada Januari 1946 bagi membantah dan menolak Malayan Union.
 Sebagai sebuah parti politik Melayu utama UMNO bersuara lantang dan secara berterusan mengadakan siri rapat umum di seluruh Negara dan pihak Inggeris menjadi amat sedar mengenai kegelisahan dan kehendak bangsa Melayu sehingga terpaksa tunduk dan akhirnya memansuhkan Malayan Union dan menggantikannya dengan Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) 1948.
 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah diisytiharkan melalui suatu perjanjian yang ditangani pada 21 Januari 1948. Perjanjian ini telah ditandatangani oleh semua DYMM Raja-raja Melayu (9 negeri Tanah Melayu) iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan. Perjanjian ini telah menetapkan:
(a)  Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Persekutuan ini terdiri dari 11 buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Pulau Pinang dan Melaka.

(b) Kerajaan Persekutuan diketuai oleh seorang Pesuruhjaya Tinggi British yang mempunyai kuasa-kuasa eksekutif.
(c)  Dua majlis mesyuarat ditubuhkan bagi membantu tugas-tugas yang dijalankan oleh Pesuruhjaya Tinggi British iaitu Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.
Majlis Mesyuart Kerja mengandungi 17 orang ahli dengan 7 ahli rasmi, 7 ahli tidak rasmi dan 3 ahli “ex-officio”. Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan dipengerusikan oleh Pesuruhjaya Tinggi British dengan 75 orang ahli.
(1) 14  orang ahli rasmi terdiri dari pegawai-pegawI kerajaan.
(2) 9 orang Yang Dipertua Majlis Mesyuarat Undangan Negeri yang juga merupakan Menteri-Menteri Besar negeri-negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
(3) 2 orang wakil dari Majlis Mesyuarat Negeri bagi negeri-negeri Melaka dan Pulau Pinang.
(4) 50 orang ahli tidak rasmi yang dilantik bagi mewakili kaum-kaum asing, golongan pernagaan, pertubuhan buruh dan lain-lain.

(d) Penubuhan Majlis Raja-raja Melayu yang berfungsi untuk menasihati    Pesuruhjaya Tinggi British dalam perkara-perkara berkaitan imigresen.

(e)  Di peringkat negeri ditubuhkan Majlis Mesyuarat Undangan Negeri yang berfungsi mengikut peraturan yang serupa dengan Majlis Mesyuarat Undangan Persekutuan.

(f)   Jawatan Menteri Besar diwujudkan sebagai pegawai eksekutif yang utama di setiap negeri. Jawatan ini menggantikan jawatan Residen British yang telah dimansuhkan.

(g)  Kuasa Kerajaan Negeri diperluaskan untuk meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan kewangan, kerajaan tempatan dan kesihatan.

(h) Pemberian syarat kerakyaatan kepada orang-orang asing yang hendak menetap di negara ini melalui penguat-kuasaan undang-undang dan naturalisasi secara bermohon.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 ini sebenarnya merupakan satu langkah awal yang menjadi tapak kepada pembentukan sebuah kerajaan atau pemerintahan sendiri (self rule) pada masa  hadapan. Dengan perjanjian inilah kedudukan Raja-raja Melayu bertambah kukuh dan setiap raja di negeri-negeri dikembalikan semula hak dan kedaulatan masing-masing.  Raja-raja Melayu diberikan kuasa penuh dalam hal adat istiadat Melayu dan Agama Islam. Perinsip utama dan terpenting yang telah dikekalkan dalam perjanjian ini ialah “Ketuanan Melayu” yang kemudiannya menjadi asas kepada institussi politik  bangsa Melayu sejak zaman berzaman.

(Bersambung dalam siri 2)








No comments:

Post a Comment