Sunday, October 9, 2011

IMAN DAN AMAL SIRI 1

ISLAM ADALAH KEIMANAN DAN PERBUATAN
Islam adalah agama Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW dan ia adalah agama yang berintikan keimanan dan perbuatan (amal). KEIMANAN itu merupakan akidah dan pokok yang di atasnya terdiri dari syariat Islam. Kemudian dari pokok itu keluarlah cabang-cabangnya.
PERBUATAN itu merupakan SYARI’AT dan cabang-cabang yang dianggap sebagai buah yang keluar dari keimanan serta akidah itu.
Keimanan dan perbuatan, atau dengan kata lain AKIDAH dan SYARI’AT. Keduanya itu antara satu dengan yang lain sambung-menyambung, hubung-menghubungi dan tidak dapat berpisah yang satu dengan yang lainnya. Keduanya  adalah sebagai buah dengan pohonnya, sebagai musabbab dengan sebabnya atau sebagai natijah (hasil) dengan mukaddimahnya (pendahuluannya).
Oleh kerana adanya hubungan yang amat erat itu, maka amal perbuatan selalu disertakan dengan penyebutannya dengan keimanan dalam sebahagian besar ayat-ayat Al-Quran Al-Karim.
Sebagai misalnya dapat dikemukakan firman-firman Allah Taala yang bermaksud;
“Berilah berita gembira kepada orang-orang yang beriman dan berbuat kebaikan, bahawasanya mereka itu akan memperoleh syurga yang di bawahnya mengalir beberapa sungai”.  (S Baqarah 25)
“Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan, baik ia lelaki atau perempuan dan ia orang yang beriman, maka pastilah Kami (Allah) akan memberinya kehidupan yang baik dan pasti  Kami  beri  balasan dengan pahalanya, menurut  dengan yang dikerjakan dengan sebaik-baiknya”. (S Nahl 97)
“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal shalih, maka Tuhan Yang Maha Pengasih akan menanamkan dalam (hati) mereka itu kasih sayang”. (S. Maryam 96)
(Petikan daripada Sayid Sabiq, AKIDAH ISLAM: POLA HIDUP MANUSIA BERIMAN Cetakan pertama 1997 , Pustaka Jiwa Sdn. Bhd, Kuala Lumpur,  ms 15 dan 16

No comments:

Post a Comment