Wednesday, January 23, 2013

LUKISAN RASA-Salam sejahtera


Salam sejahtera

Nabi Muhammad Rasul terakhir
Pesuruh Allah membawa Al-Quran
menyebar syariat dan ajaran
tiada batas ruang sempadan
memancar cahaya ke pelusuk alam
membawa berita khabar gembira
ada petunjuk, peringatan dan amaran
untuk umat manusia akhir zaman
ada yang menentang menghina
sunnah Nabi saw. ditinggalkan

hanya  yang patuh dan beriman

mahu berbuat bakti  kebajikan
dalam sembunyi mahupun terangan
pada siang dan pada malam
hidup dalam syariat Islam
pasti  mendapat rahmat berpanjangan
dalam dunia pancaroba ujian
menuju akhirat kekal berpanjangan
kau warisi Al-Quran agung mulia
kau wasiatkan Sunnahmu untuk bersetia  
Salam sejahtera atas mu, Ya Raulullah saw.

Kelana Putra
Taman Bijaya Sura, Dungun,
Khamis 24.1.2013
12 Rabiul-awal 1434.

 

1 comment:

  1. Salam sejahtera ke atas Nabi Muhammad saw. Rasul pilih pembawa Al-Quran untuk umat manusia akhir zaman. Ramai manusia menentang dan meninggalkan sunnah dan Al-Quran walaupun Allah swt telah tunjuki jalan yang lurus dan benar.

    ReplyDelete