Friday, January 4, 2013

GETARAN JIWA - HINA

HINA
Diri dihina dicaci keji
mata memandang perkara haram
telinga mendengar khabar palsu
mulut manis bicara celupar
lidah bercabang  kerap berdusta
tangan panjang merompak curi
kaki berjalan menghentak bumi
hati keras tanpa simpati
jiwa tandus erti rasa
akal ada fikiran tiada
diri hilang tidak sedar
diri sombong bongkak bangga
diri  mati meskipun bernyawa
hinalah diri sepanjang usia

Kelana Putra
Bingikisan Qalbu
Bukit Bauk, Dungun.
Jumaat 1.4.2013
4 Safar 1434






 

 

1 comment:

  1. Manusia dihina, dicaci dan keji kerana berbagai sifat-sifat yang tercela, sesungguhnya manusia itulah yang menghina dirinya sndiri atas pelbagai sifat dan perangai.

    ReplyDelete