Wednesday, January 2, 2013

KE ARAH KESEMPURNAAN SOLAT - 2


TAKBIRATUL IHRAM

Takbiratul Ihram yang kadang-kadang juga disebut sebagai takbir Iftitah ialah lafaz Allahu Akhbar pada permulaan solat. Nabi saw. bersabda: “Anak kunci solat itu ialah bersuci, permulaannya ialah takbir dan penghabisannya ialah salam”.
Pada permulaan solat, seseorang itu diisyaratkan mengangkat kedua tangannya setentang dua bahu sebagai isyarat bahawa ia akan masuk terus ke dalam solatnya. Ia adalah isyarat selamat tinggal dunia, hubungan dengan dunia terputus dan diri hanya berhubung dengan Allah SWT semata-mata dengan tumpuan (perasaan dan pemikiran) kepada Allah Yang Maha Besar – menjadi lambang kepada kekhusyukan, ketulusan hati dan kehinaan diri hamba-Nya.

No comments:

Post a Comment