Thursday, January 3, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 214

DUA KUMPULAN AYAT-AYAT AL-QURAN
7. Dia telah menurunkan kepadamu (wahai Muhammad)  Kitab Suci Al-Quran.  Sebahagian besar daripada Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat’ (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungann ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah.  Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: “Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami”. Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. (A-LI’IMRAAN:7)

1 comment:

  1. Dua kumpulan ayat-ayat yg terkandug dalam Al-Quran iaitu; 1. Ayat-ayat "Muhkamaat" yang merupakan pokok isi kandungan Al-Quran dengan makna yang terang, jelas dan nyata, 2. Ayat-ayat "Mutasyaabihat" yang mempunyai makna yang samar-samar sehingga manusia boleh berbeza mentafsirkan maknanya.

    ReplyDelete