Thursday, January 17, 2013

RENUNGAN AL-QURAN 225

APA YANG MENGHALANG MANUSIA DARIPADA BERIMAN?

7. Demi sesungguhnya telah tetaplah hukuman seksa atas kebanyakan mereka, kerana mereka tidak mahu beriman. 8. Sesungguhnya Kami jadikan kesombongan dan keengganan mereka tunduk kepada kebenaran sebagai) belenggu yang memberkas kedua tangan mereka ke batang leher mereka; (lebarnya belenggu itu) sampai (menongkatkan) dagu mereka lalu menjadilah mereka terdongak. 9. Dan Kami jadikan (sifat tamak dan gila mereka kepada harta benda dan pangkat itu) sekatan (yang menghalang mereka daripada memandang kepada keburukan dan kesingkatan masa dunia yang ada) di hadapan mereka, dan sekatan (yang menghalang mereka daripada memikirkan azab yang ada) di belakang mereka (pada hari kiamat).

1 comment:

  1. Apakah perkara-perkara yang menyekat dan menghalang kebanyakan manusia daripada beriman dan mengikut jalan yang benar?

    ReplyDelete