Sunday, January 6, 2013

SALAM MESRA MAWAR MERAH 2013

Kita telah seminggu berada dalam tahun 2013 dengan harapan dan hasrat yang pasti lebih gemilang daripada apa yang telah kita capai pada tahun 2012 yang baru saja meninggalkan kita. Yang berlalu tetap menjadi kenangan ingatan, manakala yang mendatang belum tentu membawa ribuan kebaikan, kejayaan dan kebahagian! Apakah erti dan makna semua itu?
 
Setiap kali melangkah ke tahun yang baru, setiap diri memasang niat, hasrat dan cita-cita untuk lebih berjaya dan berbahagia, merangkumi pelbagai aspek kehidupan diri, keluarga dan bermasyarakat - soal-soal pendidikan, kerjaya, ekonomi, kehidupan sosial dan bermacam perkara lagi menyentuh minda dan jiwa kita. Secara mudahnya kita boleh bertanya diri sendiri: Apakah yang hendak aku capai dalam tahun 2013 ini? Bagaimanakah aku boleh melakukan yang terbaik untuk mencapainya?
 
Masing-masing kita mempunyai andaian dan pandangan sendiri mengenai hal itu. Namun secara rasional dan bijaksana kita harus mengubah banyak perkara bagi mencapai kejayaan yang lebih baik berbanding dengan tahun 2012 dan tahun-tahun yang sebelumnya.
 
Apakah penyelesaian yang terbaik (the best solution) yang mesti kita bentuk dan bina sehingga apa yang kita hasratkan dan inginkan bagi tahun 2013 ini menjadi realiti? Ringkasnya kita mungkin sekali amat perlu memperkasakan diri - minda, hati dan budi (pengetahuan, sikap, motivasi, disiplin, dedikasi, kemahiran, komunikasi dan sebagainya) agar kita boleh berfikir dan betindak dengan lebih sempurna. Apa impian sekalipun tidak akan menjadi kenyataan tanpa ada tindakan.
 
Selamat menghadapi tahun 2013 anda dengan minda hati budi yang lebih perkasa..menuju destinasinya. Try your best, do your best dan be the best"  All the best..!!!
 

No comments:

Post a Comment