Wednesday, May 29, 2013

Getaran Jiwa - Hina


HINA
 
Diri dihina dicaci keji
mata memandang perkara haram
telinga mendengar khabar palsu
mulut manis bicara celupar
lidah bercabang kerap berdusta
panjang tangan merompak curi
kaki berjalan hentak bumi
hati keras hilang simpati
jiwa tandus tiada merasa
akal ada pertimbangan tiada
diri sombong bongkak bangga
diri ada tidak sedari
diri mati meskipun bernyawa
hinalah diri sepanjang usia

Kelana Putra
Bukit Bauk, Dungun.
Jumaat 1.April 2013
4 Safar 1434.

 

1 comment:

  1. Manusia suka menghina orang lain dan apa sahaja,.namun ramai tidak suka dihina. Dia lupa bahawa apabila ia menghina orang lain, sebenarnya ia juga menghina dirinya dan sekaligus menghina ciptaan Ilahi. Namun jangan sekali lupa bahawa kita juga sedang menghina diri sendiri dengan berbuat pelbagai keburukan dan kekejian....yang kerapkali kita rasakan baik dan bagus.

    ReplyDelete