Tuesday, May 21, 2013

Mutiara Hadis - Pesan Jibril A.S.

PESAN JIBRIL A.S. KEPADA NABI SAW.
Diriwayatkan dari Jabir bin Abdullah Al-Ansari r.a. bahawa Nabi SAW. telah bersabda (maksudnya);
“Jibril selalu berpesan kepadaku;
1. Jibril selalu berpesan kepadaku tentang jiran, sehingga aku menyangka dia akan menjadikanya sebagai pewaris.
2. Dia selalu berpesan kepadaku tentang perempuan, sehingga aku menyangka dia akan mengharamkan menceraikan mereka.
3. Dia selalu berpesan kepadaku tentang para hamba, sehingga aku menyangka dia akan menetapkan suatu masa bagi mereka untuk dimerdekakan.
4. Dia sentiasa berwasiat kepadaku supaya bersugi, sehingga aku mengira bahawa ia suatu kewajiban.
5. Dia sentiasa berwasiat kepadaku supaya solat berjamaah, sehingga aku mengira bahawa Allah SWT. tidak akan menerima solat kecuali bila dilaksanakan secara berjemaah.
6. Dia sentiasa berwasiat kepadaku supaya mendirikan solat di waktu malam, sehingga aku menduga tidak boleh tidur pada malam hari.
7. Dia selalu berpesan kepadaku supaya berzikir kepada Allah, sehingga aku menyangka bahawa tiada ucapan yang boleh memberi  manfaat kecuali dengan berzikir”.

No comments:

Post a Comment