Wednesday, May 1, 2013

Getaran Jiwa - SUJUD

SUJUD

Ya Ilahi,
Engkau Yang Maha Esa,
Pada-Mu dan kerana-Mu,
kami bersujud di mana jua,
bersama segala makhluk-Mu,
suria-mentari, bulan, bintang-bintang,
gunung ganang, pepohon,
beburung dan unggas,
bersujud kerana mengharapkan nikmat hidayah,
bersujud kerana takukan azab seksa,
bersujud kerana kasih sayang cinta,
aku, kau dan dia.. juga semuanya,
bersujudlah kita,
dulu, kini dan selamanya,
demi Dia Tuhan kita semua.

Kelana Putra,
Cinta Damai Abadi,
Dungun, Trg.
Rabu 1 Mei 2013.

No comments:

Post a Comment