Thursday, May 23, 2013

GETARAN JIWA - Jangan sesekali kita ingat


JANGAN SESEKALI KITA INGAT

Bahawa hidup di dunia ini
begitu indah
begitu kaya
begitu bangga
begitu perkasa
begitu megah
begitu bahagia
begitu istimewa
begitu tersohor
begitu mulia
begitu seronok
Kerana dalam sekelip mata jua
Kita boleh lalai
kita boleh lupa
kita boleh hanyut
kita boleh tenggelam
kita boleh mabuk
kita boleh sasau
kita boleh gila
kita boleh mati
kerana asyik
kerana lemas
dalam dakapannya.

Kelana Putra,
Cinta Abadi
Khamis 23 Mei 2013

1 comment:

  1. Manusia boleh hidup dalam realiti dan sekaligus boleh lemas lalai di dalam alam fantasinya. Semua itu adalah bergantung kepada apakah yang berada dalam minda, sikap, perasaan dan perlakuan dirinya.

    ReplyDelete