Thursday, February 12, 2015

Getaran Jiwa - Pulang kembali

PULANG KEMBALI
Dari jauh engkau datang
dari dekat engkau pulang
dalam paksa mahupun rela
tiada sebarang tawar menawar
tiada cebisan jual gadai
tempoh usia bukan milik si hamba
walaupun engkau miliki
wang berjuta-juta
harta bertimbun-timbun
emas perak berbukit gunung
pangkat kedudukan melambung
gelaran dunia berjela-jela
kaum kerabat, sahabat handai berjuta-juta
semua pasti ditinggalkan jua
pulang kembali atas sumpah janji Ilahi
menghadap Tuhan Yang Maha Suci
(Takziah atas kepulangan TGNA)

Kelana Putra,
Dungun, Terengganu

Jumaat 13 Februari 2015.

1 comment:

  1. Setiap diri akan pulang kembali menghadap Ilahi...dalam paksa mahupun rela

    ReplyDelete