Sunday, December 8, 2013

SIFAT-SIFAT TERKEJI (Mazmumah)

MARAH

Marah itu sifat yang sungguh cela,
lahir dari hati yang busuk, dengki dendam,
marah itu bermacam ragam,
Ia bawa bencana dan binasa.

Nabi saw. bersabda: “Jangan engkau marah”,
orang jadi marah kerana bisikan syaitan,
yang begitu gembira kiranya,
manusia jadi porak peranda.

Dari itu manusia dinasihatkan,
andainya engkau sedang marah,
jika berdiri hendaklah engkau duduk,
jika duduk hendaklah engkau baring.

Jika marah masih ada lagi,
baiklah engkau mengambil wuduk,
moga syaitan dihalau pergi,
mudah-mudahan marahmu tiada lagi.

Kelana Putra,
Dungun, Terengganu.
Ahad 8 Disember 2013.

1 comment:

  1. Marah adalah suatu sifat yang tercela atau dikeji kerana ia boleh membawa mudarat dan kecelakaan kepada diri sipemarah dan kepada orang yang dimarahi.Sifat ini lahir dari hati yang membenci dan berdendam. Syaitan memberi bisikan dan godaan untuk menyemarakkan api kemarahan seseorang, agar hidup manusia berada dalam porak peranda.

    ReplyDelete