Sunday, July 15, 2012

GETARAN JIWA - VISI CINTA AGUNG


Visi Cinta Agung



Sumpah setia Cinta Agung

Dari  Dia, kerana Dia, untuk Dia

cermin hati tenang jiwa

satu makna sejuta harapan



Berbunga berputik di celah kemelut dunia

gunung iman bertunjang memasak bumi

cahaya ilmu menyilau siang menerangi malam

sungai amal menyusur ke lautan ihsan



Anugerah kepada para rasul, nabi dan wali

belaian asmara, rindu dendam, mabuk cinta

serah diri tiada berpaling kepada dunia

siang malam merindui kekasihNya



Berkorban jiwa, harta dan apa sahaja

mata hati menyelami hakikat dan makrifat

mekar mewangi tersohor dalam mahligai Syurga

Sabar setia cinta pada Yang Maha Esa



Kelana Putra

TAMAN PERMATA

KUALA LUMPUR   8 Julai 2010


No comments:

Post a Comment